Kucing adalah antara haiwan yang disayangi ramai. Bagaimanapun, berbeza dengan anjing, kucing adalah haiwan yang tidak mudah untuk dilatih.

Tetapi, baru-baru ini, sebuah video yang menunjukkan bagaimana seekor kucing dengan rela hatinya menghulurkan salah satu tangannya untuk bersalam dengan pemiliknya telah menarik perhatian ramai warganet.

SINAR/Facebook

Mana tidaknya, sudahlah kucing memang terkenal dengan sikap degil dan sukar untuk dilatih, tetapi kucing yang satu ini malahan dengan senang hatinya menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan pemiliknya apabila diminta.

Memang bijak dan cukup ciri Nusantaranya!

“Salam, nak, salam,” kata pemilik kucing ini yang meminta kucing kesayangannya untuk bersalam dengannya.

SINAR/Facebook

SINAR/Facebook

Dan tanpa berlengah-lengah, kucing itu dengan segera menghulurkan tangannya untuk bersalam. 

Nampaknya, pakcik yang membela kucing ini memang benar-benar telah berjaya melatih kucingnya untuk ‘beradab’ dengan orang tua!

Selepas bersalaman, pakcik itu meminta untuk memberi kucupan sayang kepada kucingnya itu pula.

“Sayang? Sayang?” kata pakcik itu.

SINAR/Facebook

Seperti memahami permintaan pemiliknya, kucing itupun menjengahkan kepalanya untuk dikucup oleh pemiliknya itu.

Walaupun menerusi video pendek yang hanya berdurasi 15 saat, tetapi dengan jelas dapat dilihat kasih sayang antara keduanya itu. Comel yang tidak terkata!

Mana tidaknya, sudahlah kucing itu memang comel, ditambah pula dengan kebijaksanaannya, pasti pakcik ini sangat mengasihinya!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular