KLANG – Pihak polis kini telah mengenal pasti seorang lelaki yang memakai gelang merah jambu seperti dalam rakaman dalam sebuah video yang tular baru-baru ini.

Lelaki berusia 30 tahun tersebut dipercayai masih dalam tempoh kuarantin. Seperti yang dirakam dalam video, lelaki tersebut yang memakai gelang merah jambu ditegur oleh seorang pegawai kesihatan  di sebuah stesen minyak Bukit Tinggi, Klang.

Menurut ketua polis Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, pihaknya telah mendapati video berdurasi 64 saat itu pada sekitar jam 7.24 malam semalam.

Menurutnya lagi, lelaki itu dipercayai masih dalam tempoh kuarantin tetapi telah melanggar Perintah Pengawasan Rumah (HSO) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Intan Nur Elliana Zakaria/New Straits Times

“Video itu menunjukkan insiden tegur-menegur antara seorang petugas kesihatan wanita dengan seorang lelaki yang dilihat memakai gelang berwarna merah jambu disyaki masih dalam kuarantin.

“Hasil semakan mendapati kejadian dipercayai berlaku di pam minyak di Persiaran Batu Nilam, Bukit Tinggi Klang,” katanya.

Facebook

Facebook

Shamsul Amar berkata, tangkapan akan dilakukan selepas mendapat pengesahan suspek bebas COVID-19 daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang. Apa yang membimbangkan tindakan lelaki itu telah menyebabkan orang ramai di kawasan sekitar itu takut untuk mendekati stesen minyak.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular