Buka sahaja media sosial pasti ramai yang dapat melihat kemewahan yang dipamerkan oleh sebilangan mereka yang berkemampuan.

Ada yang menunjukkan rumah yang besar, percutian di luar negara yang mewah atau mungkin makanan-makanan mahal di kafe ‘hipster’.

Namun begitu, tidak semua orang berkemampuan seperti itu malah ada yang berlapar seharian kerana tiada wang. Mereka bukan sahaja tidak mampu untuk mendapatkan sesuatu yang mereka mahukan tetapi untuk mendapatkan keperluan seharian juga tidak mampu.

Baru-baru ini kita dihidangkan dengan sebuah kisah menyayat hati yang dikongsikan oleh  Encik Shairan Huzani Husain, Pengarah Urusan Shell Trading Malaysia yang lebih dikenali sebagai Pak Cik Shell.

Melalui akaun Instagramnya dia telah menceritakan bagaimana dia terserempak dengan seorang remaja lelaki bernama Shahril ketika pulang daripada kerja.

Dia kemudian bertanya kepada Shahril apa yang sedang dilakukan dan dia memberitahu bahawa dia sedang mengumpul barang kitar semula untuk dijual.

@pakcikshell/Instagram

Pak Cik Shell kemudian bertanya di mana dia duduk dan dia menunjukkan ke arah satu sudut bangunan yang beralas dengan kadbod. Dia memberitahu bahawa dia terpaksa keluar dari rumah selepas kematian ibunya.

Walaupun dia hidup dalam keadaan yang melarat tetapi semangatnya tidak pudar dan tidak berputus asa untuk meneruskan hidup. Dia bahkan menunjukkan semangat yang tinggi untuk bekerja dan mendapatkan pendapatan sendiri.

Melihat kesungguhan anak muda ini, Pak Cik Shell memutuskan untuk menawarkan pekerjaan kepadanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shairan Huzani (@pakcikshell) on

@pakcikshell/Instagram

Menurut Pak Cik Shell lagi, dia telah mendapatkannya pekerjaan di stesen yang mempunyai asrama memandangkan Shahril memberitahu yang dia ingin bekerja.

“Kita doakan Tuhan mudahkan hidup beliau dan semoga suatu hari nanti dia pun boleh berjaya,” tulis Pak Cik Shell lagi.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular