Sejak sekatan sempadan dikenakan berikutan perintah berkurung dan kawalan pergerakan yang dikuatkuasakan di Singapura dan Malaysia sejak 18 Mac lalu akibat pandemik COVID-19, warga Malaysia dan Singapura tidak dapat berulang-alik di antara kedua negara jiran tersebut seperti biasa pada setiap hari. 

Akibatnya, ribuan keluarga terpaksa berpisah selama lebih setengah tahun kini dengan salah seorang yang mengalami perpisahan itu adalah lelaki ini, Muhamad Faiz yang bekerja di Singapura.

Muhamad Faiz FS/Facebook

Muhamad Faiz begitu rindu dan ingin menemui isteri dan anak-anaknya di Johor Bahru yang hanya berada beberapa kilometer dari Singapura. Dan mereka mempunyai cara untuk ‘merealisasikan pertemuan’ itu.

Mereka tetap ‘bertemu’ dengan kedua-dua pasangan berjalan ke tepi pantai kedua-dua negara dan saling melambaikan tangan melalui panggilan video, yang dapat mengubat kerinduan mereka ekoran tidak dapat bertemu secara fizikal buat sekian lama.

Muhamad Faiz FS/Facebook

Muhamad Faiz merakam pertemuan ini dengan bantuan rakannya dan memuat naiknya di laman Facebook untuk dikongsi bersama netizen. 

Video yang dipercayai diambil oleh rakannya dan siap bertanya ke mana dia hendak pergi?

Muhamad Faiz ketawa dengan mengatakan bahawa dia mahu melihat ‘kekasih lama’, tetapi rakan itu menjawab mengapa wajahnya kelihatan sedih.

Muhamad Faiz FS/Facebook

Menurut Muhamad Faiz, dia pergi ke pantai Woodlands Waterfront Park untuk ‘bertemu’ dengan isteri dan anak-anaknya. Dia telah berpisah dengan keluarganya di Malaysia selama lebih dari 200 hari.

Mengenakan jersi merah terang pada hari itu, Muhamad Faiz berdiri di tebing pantai di Woodlands Waterfront Park, dan melambai kepada isteri bersama anak-anaknya di tebing pantai yang berada Johor Bahru, sambil mengesahkan warna pakaian masing-masing melalui panggilan video.

Muhamad Faiz FS/Facebook

“Awak kat mana?” kata Muhamad Faiz sambil menjenguk-jenguk kelibat ahli keluarganya yang berdiri di seberang laut di kawasan sempadan yang memisahkan Malaysia dan Singapura.

Muhamad Faiz FS/Facebook

“Saya pakai baju hitam dan putih, nampak saya tak?” Kedengaran suara isterinya, Shafikah Sarip dalam panggilan video itu.

Kedengaran hilai tawa anak-anak yang berada di sebelah ibu mereka. Anak-anak Muhamad Faiz bersemangat riang menyapa, “Hai, Papa!”.

Muhamad Faiz FS/Facebook

Dalam satu rakaman video lain, terdapat dua orang wanita yang berdiri di tepi pantai di Johor Bahru sambil masing-masing memegang dua orang budak lelaki dengan salah seorang melambai-lambai kepada Muhamad Faiz yang berdiri di seberang laut di sempadan Singapura.

Muhamad Faiz FS/Facebook

Lokasi sempadan kedua-dua negara di mana Muhamad Faiz dan isteri serta anak-anak ‘bertemu’ yang hanya dipisahkan oleh lautan. Walaupun kelibat masing-masing yang jauh tetapi amat dekat di hati.

Muhamad Faiz FS/Facebook

“Sabar ae bro nanti pergi Decathlon beli teropong kita cuba lagi,” posting dengan muat naik gambar dan video di laman Facebook Muhamad Faiz yang menyentuh hati.

Muhamad Faiz FS/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular