KUALA LUMPUR – Kesemua 800 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bangsar tidak menghadirkan diri ke sekolah selepas laporan menunjukkan dua orang murid sekolah berkenaan dijangkiti virus Parti Komunis China (COVID-19).

Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh Yang Dipertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Mohd Yazid Mohd Yasin yang menyatakan bahawa 100 peratus atau hampir 800 murid bagi sesi pagi tidak hadir ke sekolah.

Harian Metro

“Semalam Kementerian Kesihatan sudah menjalankan ujian calitan pada murid dan guru yang hadir. Hari ini, petugas kesihatan akan menjalankan lagi ujian saringan di kawasan yang dimaklumkan”.

Jelasnya lagi, “Semua murid dan ibu bapa yang perlu menjalani ujian saringan ini sudah dimaklumkan dan dijangka mungkin lebih ramai yang akan melakukan ujian itu memandangkan dua murid yang positif COVID-19 itu menjalani latihan persembahan beramai-ramai”.

Menurut laporan, kedua-dua murid berkenaan disyaki positif dan mendapat jangkitan berkenaan selepas ahli keluarga mereka pulang daripada menghadiri kenduri. Berikutan itu, proses sanitasi juga telah dijalankan dengan serta-merta di seluruh kawasan sekolah.

Sinar Harian

“Ketika ini, jumlah keseluruhan murid SK Bangsar ialah hampir 1,800 orang dan dijangka semua murid tidak akan hadir ke sekolah untuk dua sesi persekolahan ini sehingga keadaan benar-benar pulih”.

Selain SK Bangsar, Sekolah Kebangsaan Presint 8(1) Putrajaya juga diarahkan tutup bermula 9 hingga 16 Oktober ini. Arahan penutupan ini melibatkan seramai 2,978 murid dan 211 guru serta kakitangan sekolah. 

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular