Sebagai manusia, kita bukan sahaja diberikan didikan agama tetapi juga nilai murni yang perlu diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat.

Antaranya berbuat baik sesama manusia, saling hormat-menghormati, bertolak ansur, bersedekah dan sebagainya. Tidak kiralah sama ada individu itu miskin, kaya, cantik ataupun berkuasa, kita harus melayan setiap individu dengan penuh timbang rasa dan tidak sesekali bersikap sombong.

Meskipun anda kaya-raya sehingga mampu mengupah berpuluh-puluh orang gaji di rumah, tidak semestinya anda perlu melayan mereka seperti hamba abdi! Lihat gambar di bawah, apakah yang anda nampak?

Sebuah keluarga sedang menikmati makanan yang semestinya enak dan menyelerakan. Tetapi bagaimana pula dengan pengasuh yang turut berada di meja makan tersebut? Ada yang tidak kena bukan?

Facebook

Ya, pengasuh ini hanya melihat keluarga majikannya menikmati hidangan tanpa menjamu sedikit pun makanan yang terhidang. Adakah dia tidak mahu menikmati sedikit pun makanan atau mungkin dia tidak dibenarkan untuk makan hanya kerana statusnya sebagai pengasuh?

Walaupun hanya bekerja sebagai pengasuh, dia juga adalah seorang manusia. Di manakah letaknya budi pekerti kita sebagai seorang manusia yang sempurna akal fikiran? Wajarkah anda memperlakukan seseorang sebegitu rupa hanya kerana dia seorang pengasuh…

Gambar Hiasan/CARI

Mengapa isu ini masih wujud dalam kalangan masyarakat kita meskipun kita hidup dalam zaman serba moden? Tidak tergamak rasanya untuk kita mengisi perut yang lapar tanpa memikirkan tentang orang lain. Paling tidak pun, pasti kita akan menjemput mereka untuk makan bersama walaupun jemputan itu sekadar bertujuan untuk menegur sahaja.

Siang malam individu ini bekerja dan mengikuti setiap arahan yang dikeluarkan oleh majikannya, tetapi sedikit pun dia tidak dihargai oleh orang lain. Terseksa jiwa dan raganya namun apakan daya, demi membantu keluarga di kampung, dia harus kuat dan tabah menghadapi dugaan kerana memiliki majikan yang tidak prihatin dengan keadaan sekeliling.

Gambar Hiasan/CARI

Semoga coretan ini akan menjadi satu iktibar kepada kita semua, bukan ditujukan khusus kepada golongan atasan sahaja, tetapi juga golongan marhaen yang kadangkala terlepas cakap dengan menghina mereka yang dalam kesusahan.

Marilah kita berbuat baik sesama manusia dan menjadikan dunia ini satu tempat yang aman dan harmoni untuk diduduki…

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular