America’s Got Talent (AGT) musim ke-15 telah menutup tirai pada 23 September dengan mengisytiharkan pemenangnya, penyair Brandon Leake.

Tetapi AGT kali ini turut memperkenalkan penyanyi luar biasa bernama Archie Williams dengan kisah kehidupannya yang terus membuat penonton berasa amat hiba dan tidak akan melupakannya.

YouTube/Paparan Skrin

Di sebalik bakat nyanyiannya yang tidak dinafikan telah menyentuh hati dan mendapat pengiktirafan semua juri termasuk Simon Cowell ketika membuat persembahan pertama dengan menyanyikan lagu Elton John “Don’t Let the Sun Go Down on Me”.

Para juri dan penonton dapat merasakan penderitaan yang dialami Archie Williams.

YouTube/Paparan Skrin

Archie Williams yang kini berusia 59 tahun menceritakan di hadapan penonton bagaimana dia telah disabitkan dengan hukuman bersalah atas kesalahan yang tidak pernah dilakukannya dan menjalani hukuman penjara selama hampir 37 tahun.

Dalam satu kejadian jenayah yang berlaku pada 9 Disember 1982, ketika itu Archie baru berusia 22 tahun, dan dia secara khilaf telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tanpa parol di East Baton Rouge Parish, Louisiana atas kesalahan rogol, serangan dan cubaan membunuh seorang wanita berusia 31 tahun. 

Ibu, adik perempuan, dan rakan keluarga Williams menjadi saksi bahawa ketika hari kejadian dengan berkata Archie berada di rumah dan sedang tidur. Pada hari perbicaraan, tiada kesan cap jari Archie yang dapat dikumpul dan dibuktikan berada di tempat kejadian, yang sepadan dengan cap jari Archie Williams.

Entah bagaimana semua bukti yang diperolehi telah dipalsukan polis Baton Rouge untuk membuktikan bahawa Archie Williams didapati bersalah atas kesalahan yang tidak pernah dilakukannya buat seumur hidup, tetapi menerima hukuman penjara seumur hidup.

YouTube/Paparan Skrin

“Saya tahu saya tidak bersalah dan tidak pernah melakukan sebarang kejahatan. Tetapi sebagai anak kulit hitam yang miskin, saya tidak memiliki kemampuan ekonomi untuk melawan ketidakadilan dalam sistem undang-undang yang telah diputuskan Mahkamah Negeri Louisiana,” kata Archie ketika pertama kali berada di atas pentas uji bakat AGT musim ke-15.

Ketika menghabiskan masa bertahun-tahun di dalam penjara, Archie menjelaskan sementara dia dipenjarakan secara fizikal, tetapi hati dan fikirannya tidak pernah membiarkan dirinya untuk terus berkata dia sedang dipenjarakan, sebaliknya terus berdoa pada suatu hari keadilan pasti akan menyusul untuk menyebelahinya kerana dia tidak bersalah.

Bertahun kemudian, Archie Williams dimaklumkan tentang The Innocence Project, sebuah organisasi yang berdedikasi untuk membebaskan banduan yang disabitkan secara salah melalui semakan semula kes menggunakan ujian DNA dan menganjurkan reformasi keadilan jenayah. 

Pada tahun 1995, Archie menulis surat kepada organisasi ini bagi melihat apakah mereka dapat membantu untuk memeriksa dan membuka kembali kesnya. The Innocence Project memberi respon mereka dan bersedia untuk membantu dengan sedaya upaya.

YouTube/Paparan Skrin

Dan menurut The National Registry of Exonerations, pada tahun 1996, organisasi tersebut mengajukan usul untuk menguji DNA dengan cap jari yang ditemui di tempat kejadian secara forensik.

Menurut Innocence Project, Archie Williams memerlukan lebih 10 tahun untuk menjalani ujian itu kerana dia harus ‘menunggu undang-undang mengejar kemajuan sains dan teknologi’. Dalam erti kata lain Archie perlu menunggu ‘Negeri Louisiana meluluskan undang-undang yang memberi hak kepada orang telah dijatuh dihukum untuk mendapatkan akses ujian DNA selepas perbicaraan untuk membuktikan dia tidak bersalah’.

Namun akhirnya, kit ujian DNA perkosaan mangsa selesai pada tahun 2009, tetapi DNA lelaki tersebut iaitu pelaku sebenar tidak sepadan dengan DNA Archie Williams. Ia hanya menunjukkan kesepadanan dengan suami mangsa, yang mana oleh itu mereka tidak dapat mengenal pasti pelaku sebenar pada hari kejadian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Archie Williams (@archiewilliamsofficial) on

@archiewilliamsofficial/Instagram

Perjuangan untuk membebaskan Archie Williams diteruskan tanpa rasa putus asa kerana mereka semua yakin Archie tidak bersalah.

Akhirnya, pada 14 Mac 2019, analisis cap jari membuktikan Archie Williams tidak bersalah dan seorang lelaki bernama Stephen Forbes, yang telah meninggal dunia pada tahun 1996, dikaitkan dengan jenayah tersebut. Stephen Forbes yang dilaporkan menderita penyakit mental, telah ditangkap dan mengaku beberapa tuduhan rogol yang lain. 

Tujuh hari setelah analisis cap jari itu selesai dengan sepenuhnya serta disahkan iaitu pada 21 Mac 2019, Archie Williams telah dibebaskan dari penjara dan dibuktikan tidak bersalah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Archie Williams (@archiewilliamsofficial) on

@archiewilliamsofficial/Instagram

Ketika berada di dalam penjara, Archie Williams aktif menyanyi dan artis yang menjadi idolanya ialah Sir Elton John yang mana dia menyanyikan lagu kegemarannya hasil ciptaan legenda itu pada pertama kali berada di atas pentas AGT.

Mendengar kisah sedih peserta ini dan dia menyanyikan lagu “Don’t Let the Sun Go Down on Me” yang amat menyentuh hati, juri Simon Cowell yang keras hati tidak dapat menahan emosi. Dia berkata kepada Archie Williams ketika itu, “Ini adalah uji bakat yang tidak akan saya lupakan buat seumur hidup.”

Terinspirasi oleh kecekalan hati Archie Williams melawan ketidakadilan sistem undang-undang, Simon Cowell akhirnya bergabung dengan The Innocence Project sebagai duta besar, dengan harapan dapat meningkatkan kesedaran tentang kerja organisasi tersebut dan bergerak bersama memperjuangkan keadilan.

@SimonCowell/Twitter

Menonton uji bakat Archie sekali lagi, Simon Cowell terus tersentuh dengan berkata, “Sesuatu telah menarik saya untuk menonton klip video itu kembali, dan berkali-kali, perasaan ini masih berkata ia amat tidak adil. Saya melihat matanya dan bagaimana perasaannya pada hari itu.”

Simon Cowell memberitahu Innocence Project bahawa dia berhasrat untuk melakukan apa yang perlu untuk membantu dan melakukan perubahan positif kepada mereka yang disabitkan secara salah seperti Archie Williams.

Persembahan Archie mungkin satu-satunya yang paling penting dalam sejarah America’s Got Talent. Apa yang berlaku ke atas Archie Williams adalah amat tragis. 

Walaupun suara Archie luar biasa kerana menyentuh jiwa, tetapi pengalamannya disumbat ke penjara kerana kesalahan yang tidak pernah dilakukannya lebih jauh berada di luar kebiasaan untuk disedari kebanyakan orang. Kisah Archie yang tabah dan sabar menghadapi dugaan bersama keberanian memanjat segala harapan.

@AGT/Twitter

Archie Williams bersaing dalam persembahan final secara langsung dengan menyanyikan dua lagu “Everything You Touch is a Song” bersama Marvin Winans, dan sebelumnya, “Blackbird” oleh Beatles, tanpa dapat melayakkan diri dalam kelompok 5 terbaik AGT musim ke-15.

Namun, kecekalan Archie telah memberi inspirasi dan harapan ratusan ribu peminatnya di seluruh Amerika Syarikat dan dunia dalam menuntut keadilan, termasuk mendapat sokongan secara peribadi daripada Meghan Markle dan Simon Cowell.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular