Tidak dinafikan mengharungi alam perkahwinan penuh dengan ragam, cabaran dan kesukaran, terutama selepas pasangan telah memiliki cahaya mata. Pasangan yang sudah berkahwin perlu cekal mencari keseimbangan dalam kedua tugas mereka ketika bekerja mencari nafkah buat menyara keluarga disamping menjaga rumah tangga.

Seorang suami dari Jepun dalam catatannya di Twitter berkongsi bagaimana isterinya mencatat segala perbuatan baiknya dalam satu senarai yang digelarnya ‘perkara kecil yang patut disyukuri’ setiap hari, dan dia mula tertanya-tanya. 

@P_chan_papa/Twitter

Aktiviti kecil yang merupakan perkara baik yang perlu disyukuri tersebut termasuk membeli teh untuk isteri dan meluangkan masa berkualiti bersama anak perempuan mereka yang berusia tiga tahun.

Ketika suami ini bertanya kepada isterinya tentang perbuatan baik kecilnya itu, dia hanya menjawab, “Supaya saya tidak akan membunuh kamu pada suatu hari nanti.”

Menyedari pasangannya hanya bergurau, suami ini berkongsi penemuan senarai lucu itu di laman Twitter miliknya.

Unsplash/Gambar Hiasan

Nampaknya isteri ini pernah naik angin dan untuk meredakan hati serta fikirannya menjadi lebih baik, dia telah bertindak mengumpulkan segala perbuatan baik yang  pernah dilakukan oleh suaminya supaya senarai itu dapat dirujuk ketika dia mungkin akan naik angin sekali lagi.

Ini hanya untuk meyakinkan diri bahawa suaminya adalah bapa dan pasangan yang baik, juga suaminya mempunyai beberapa sifat baik yang mampu ditebus ketika dia menunjukkan perangai buruknya.

@P_chan_papa/Twitter

Suami ini turut menyedari beberapa netizen memberi komen negatif mereka setelah membaca tweet itu, tetapi bertindak balas dengan mengatakan bahawa isterinya menjelaskan kepadanya bahawa ia hanya sebagai motivasi diri buatnya dan senarai itu dibuat bagi menyedarkan dirinya juga supaya dia tidak mengambil kesempatan ke atas kebaikan kecil yang telah dibuat.

Setiap pasangan mempunyai cara mereka untuk mengurus kehidupan berumah tangga, siapa kita untuk mencampuri dan mengadili jika mereka dapat menguruskannya dengan baik.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP Keluarga

Video Popular