Dibanding-bandingkan antara satu sama lain merupakan satu budaya yang sudah lama tersemai dalam majoriti masyarakat Malaysia.

Tidak kiralah sama ada perbandingan sesama adik-beradik, saudara-mara mahupun rakan sekerja, budaya ini adalah satu budaya yang negatif dan mencerminkan kecetakan minda serta akal fikiran kita.

Antara isu yang sering kali menjadi topik perbandingan adalah seperti keputusan peperiksaan, pekerjaan, gaji dan juga jenis kenderaan yang kita gunakan! Wajarkah perkara-perkara ini menjadi satu isu yang perlu dibesarkan oleh masyarakat umum?

Baru-baru ini menerusi laman perkongsian luahan hati UTAR Confession di Facebook, seorang rakyat Malaysia telah berkongsi pengalamannya diperli oleh seorang saudara hanya kerana dia memandu kenderaan jenis Myvi! 

Gambar Hiasan/DS & F

Kekesalan terhadap perkara ini diluahkan bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai khususnya mereka yang seringkali digelar ‘makcik bawang’ untuk berhenti melakukan perkara tersebut.

Menurut netizen tersebut, dia tertanya-tanya adakah menjadi satu kesalahan untuknya memandu kenderaan Myvi lama memandangkan semua kenderaan tidak kira jenama mahupun saiz memiliki satu fungsi yang sama! Jelasnya lagi, individu yang memerlinya bertindak membandingkan netizen dengan anaknya yang mampu memiliki sebuah kenderaan jenis Honda City meskipun baru bekerja selama tiga tahun…

Memiliki kenderaan yang mahal tidak menunjukkan anda berada di kasta tertinggi dalam kelas sosial masyarakat bukan? Netizen ini turut memaklumkan bahawa dia juga memiliki kemampuan untuk menukar kenderaan baharu pada bila-bila masa namun tidak berbuat demikian kerana ingin mengutamakan pekerjaan terlebih dahulu.

“Apa yang awak buat? Anak lelaki saya baru bekerja tiga tahun tetapi dah beli kereta Honda City yang baharu”.

Gambar Hiasan/DS & F

Netizen ini turut berkongsi bahawa meskipun dia tidak memiliki kenderaan baharu, dia dan keluarganya tinggal di apartmen milik sendiri dan tidak menyewa! Bukan sahaja itu, dalam jangkaan dua tahun lagi, jumlah wang simpanan mereka bakal mencecah sehingga enam angka!

Malah, isterinya yang memandu kenderaan jenis Axia juga mampu menabur jasa kepada kedua ibu bapanya dengan memberikan bantuan kewangan bagi membina semula rumah mereka. Di sini kita boleh lihat perbandingan apa yang perlu dipersoalkan oleh saudara netizen ini bukan?

Gambar Hiasan/Twitter

“Saya tidak rasa kita perlu berasa malu kerana memandu Myvi atau Axia. Selagi Myvi saya boleh bergerak, saya tidak akan terfikir untuk menukar kenderaan lain”.

Sementara itu, sepupunya yang membeli kenderaan berjenama itu masih lagi hidup dalam serba ketakutan seandainya ‘kereta mewah’ miliknya itu dicuri ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dijalankan.

Buat apa beli kenderaan mahal kalau tak boleh digunakan dengan sebaik mungkin… Malah, semahal mana pun kenderaan itu, nilai asetnya tetap akan menurun pada masa hadapan. Lebih baik memiliki rumah sendiri daripada menghabiskan wang untuk sebuah kereta…

Fikir-fikirkan…

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular