Hidangan tradisional dan popular di jalanan Korea dikenali sebagai Tteokbokki atau ‘Korean Rice Cake’ kini semakin popular di seluruh dunia berikutan budaya Hallyu yang menjadi trend terkini di mana sahaja.

Tteokbokki atau topokki adalah sejenis hidangan kek beras kenyal yang enak dimakan selepas dimasak dalam sos pedas manis.

Jika anda telah merasanya, sebenarnya kita juga boleh membuat tteokbokki sendiri di rumah menggunakan tepung pulut dan tepung gandum yang mana hasilnya sama seperti rasa di restoran Korea. 

Zurina Zulkefli/Facebook

Ikuti resipi tular dengan 29,000 perkongsian membuat Tteokbokki mudah dan enak hasil perkongsian Zurina Zulkefli menerusi Facebook Kumpulan Masak Apa Hari Ni.. seperti di bawah:

Bahan yang diperlukan:

Tteokbokki 

  • 1 cawan tepung pulut
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak bijan
  • Air suam

Zurina Zulkefli/Facebook

Kuah Tteokbokki

  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 sudu besar pes cili
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil stok ayam
  • Gula secukup rasa
  • Hirisan sosej 
  • Telur rebus

Zurina Zulkefli/Facebook

Cara penyediaan:

1. Campurkan semua bahan dan uli sehingga menjadi doh. Doh pastikan tidak melekat di tangan.

Zurina Zulkefli/Facebook

2. Uli doh secara memanjang dan potong kecil.

Zurina Zulkefli/Facebook

Zurina Zulkefli/Facebook

3. Letakkan tteokbokki ke atas pinggan yang telah disapu dengan minyak bijan.

Zurina Zulkefli/Facebook

4. Kukus selama 5 minit.

Zurina Zulkefli/Facebook

5. Selepas kukus, terus rendamkan tteokbokki ke dalam air sejuk untuk mengekalkan kekenyalannya.

Zurina Zulkefli/Facebook

Zurina Zulkefli/Facebook

6. Untuk kuah, panaskan satu sudu besar minyak masak kemudian tumiskan bawang putih sehingga naik bau wangi.

Zurina Zulkefli/Facebook

7. Masukkan pes cili giling, sos cili, sos tomato, sos tiram, gula, stok ayam dan sedikit air, dan kacau sehingga kuah bertukar likat.

Zurina Zulkefli/Facebook

8. Masukkan tteokbokki dan hirisan sosej ke dalam kuah dan masak beberapa minit. Jika anda ada kek ikan pun boleh masukkan.

Zurina Zulkefli/Facebook

Hidangan snek mudah yang kini sudah siap tersedia untuk dinikmati seisi keluarga. Hias bersama telur rebus untuk kelazatan lebih sempurna.

Selamat mencuba!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Resipi

Video Popular