Tercari-cari hendak makan apa untuk hidangan minum petang hari ini atau sudah bosan makan snek yang sama ketika menghadap TV.

Apa kata anda cuba buat sendiri wantan goreng rangup. Buatnya senang sahaja, serius tidak rumit pun. Dan yang penting, anda tahu wantan buat sendiri dijamin halal kalau ikut resipi di bawah ini.

Ckin Izz Ilfy/Facebook

Ikuti resipi wantan goreng rangup hasil perkongsian Ckin Izz Ilfy di laman Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).

Bahan yang diperlukan:

  • 1 mangkuk isi ayam 
  • 1 mangkuk isi udang 
  • 3-4 sudu besar tepung jagung
  • Lada hitam secukup rasa
  • Lada putih secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Kulit popia 
  • Tepung gandum (untuk lekatkan kulit popia)

Ckin Izz Ilfy/Facebook

Cara penyediaan:

1. Cincang halus-halus isi ayam dan isi udang.

Ckin Izz Ilfy/Facebook

2. Masukkan bahan yang telah dicincang halus bersama tepung jagung, garam, gula, lada hitam dan lada putih secukup rasa. 

Ckin Izz Ilfy/Facebook

3. Gaul sehingga sebati. Jangan masukkan air. 

4. Letakkan adunan ke atas kulit popia, macam di bawah ini.

Ckin Izz Ilfy/Facebook

5. Bancuh tepung gandum dengan sedikit air. 

Ckin Izz Ilfy/Facebook

6. Letakkan bancuhan air di sekeliling adunan inti supaya kulit popia terlekat rapat dan cantik.

Ckin Izz Ilfy/Facebook

7. Bunjutkan kulit popia menutup inti. Hasilnya akan menjadi seperti ini.

 

Ckin Izz Ilfy/Facebook

Ckin Izz Ilfy/Facebook

8. Goreng setiap satu ke dalam minyak yang panas. 

Ckin Izz Ilfy/Facebook

Ckin Izz Ilfy/Facebook

9. Angkat dan toskan.

Ckin Izz Ilfy/Facebook

Siap untuk dihidang, boleh makan dengan sos pencicah kegemaran anda.

Ckin Izz Ilfy/Facebook

Mesti tak perasan masuk mulut, krup! krup! habis sekali lalu..

Ckin Izz Ilfy/Facebook

Selamat mencuba!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Resipi

Video Popular