Tiada siapa yang dapat mengetahui nasib seseorang di kemudian hari. Ini kerana, takdir bukanlah terletak di tangan kita.

Barangkali nasib seseorang itu boleh sahaja berubah seperti kisah seorang lelaki dari Thailand ini, Surachit Songzhu.

Merupakan seorang pengutip barang, pada suatu hari Surachit menemukan satu bongkahan batu ketika dia mengutip sampah di pinggir pantai.

Pada ketika itu, Surachit sedang mengais sampah di pantai yang terletak di Songkla itu dan secara tidak sengaja menemui batu besar berwarna kelabu.

Ia dipercayai dihanyutkan oleh air laut. Tekstur batu itu agak aneh iaitu seperti lilin, jadi Surachit mengesyaki bahawa batu itu bukanlah batu biasa.

Benar tekaannya! Batu dengan berat 37 paun berkenaan sebenarnya amat bernilai dan berharga lebih £500,000 (RM2.6 juta).

Seperti yang dia sangka, batu tersebut merupakan muntah ikan paus atau nama lainnya, ‘ambergris’. Dia pantas menguji kesahihan tekaannya dengan membakar batu tersebut.

Batu ambergris jika dibakar akan mengeluarkan bauan yang wangi dan ia sering dijadikan sebagai minyak wangi dan bahan makanan khusus.

Untuk pengetahuan anda, ambergris adalah hasil kering daripada ikan paus sperma, yang dimuntahkan. Ia kemudian akan hanyut di lautan dan boleh bertahan hingga 100 tahun.

Sudah menjadi rezeki Surachit, bukan? Dan kini dia sedang menunggu pakar kerajaan untuk menilai batuan tersebut dengan lebih terperinci.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL INSPIRASI

Video Popular