Segalanya bermula pada 2 Oktober lalu, ketika Yutthaphum Kaewekhem sedang makan malam bersama rakannya.

Yutthaphum Kaewekhem yang juga dikenali sebagai Boom, sedang makan malam di sebuah restoran ‘mookata’.

Selepas makan malam dan minum, Boom yang mabuk dan tanpa sedar memutuskan untuk menculik seekor anjing jalanan secara rawak.

Yutthaphum Kaewekhem/Facebook

Dalam rakaman video lucu yang dimuat naik pada 3 Oktober, Boom berusaha memasukkan anjing yang dipilihnya ke dalam keretanya berkali-kali, dan anjing itu melompat keluar dari kereta orang tidak dikenali ini setiap kali. 

Namun, akhirnya Boom berjaya juga membawa rakan barunya ini pulang ke rumah.

Yutthaphum Kaewekhem/Facebook

Boom menulis dalam catatan di laman Facebook, “Rakan saya tidak tahu bagaimana untuk menghentikan saya. Ia adalah restoran berdekatan kediaman kami. Selain tidak cuba menghalang saya, sebaliknya rakan saya merakam video itu sebelum memandu kami pulang.”

Yutthaphum Kaewekhem/Facebook

Rakan Boom juga merakam reaksi Boom sebaik sahaja dia bangun tidur selepas kejadian.

Manakan tidak, tiba-tiba Boom menjadi sangat bingung apabila mendapati seekor anjing sedang berkeliaran di dalam rumahnya.

Yutthaphum Kaewekhem/Facebook

Video tersebut telah menjadi tular dengan lebih 2 juta tontonan dengan kebanyakan netizen mahu mengikuti bagaimana kesudahan kisah Boom dan anjing jalanan ini berakhir.

Pada mulanya Boom memutuskan untuk mengembalikan anjing itu di restoran tempat dia mengambilnya.

Boom berniat memberi anjing itu makanan dan meninggalkannya di sana, tetapi kemudian memutuskan untuk membawanya pulang setelah mengetahui bahawa dia sebenarnya anjing jalanan yang terbiar.

Yutthaphum Kaewekhem/Facebook

Pengakhiran yang baik dan menggembirakan semua pihak apabila Boom memutuskan untuk mengadopsi anjing itu.

Boom dengan sukacitanya mengumumkan di Facebook bahawa dia akan menjaga anjing itu.

Sejak itu, Boom telah membeli segala barangan keperluan untuk anjing bertuah ini dan menjaganya dengan rasa tanggungjawab serta memberinya sepenuh kasih sayang.

Yutthaphum Kaewekhem/Facebook

Boom juga telah membawa anjing ini ke klinik veterinar untuk pemeriksaan kesihatannya.

Kesudahan yang baik membuat semua orang berasa gembira dan tersenyum. Syabas buat Boom!

Tonton video di bawah:

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular