Ramai yang begitu sukakan kek keju Biscoff yang tular  kebelakangan ini. Tetapi jenuh pula jika asyik membelinya sahaja bukan?

Sebenarnya kek ini agak mudah sahaja untuk dibuat, bahkan bahan-bahan yang diperlukan juga tidaklah banyak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Chef Kecik Kitchen (@chefkecikkitchen) on

Oleh itu, kali ini kami akan kongsikan resipi kek keju Biscoff daripada laman Instagram @chefkecikkitchen. Antara bahan yang anda perlukan :

Bahan A (untuk bahagian kerak)

  • 150 gram biskut Digestive
  • 50 gram biskut Biscoff
  • 40 gram gula kastor
  • 80 gram mentega tulen

Bahan B (untuk krim)

  • 260 gram krim putar
  • 100 gram krim keju
  • 4 sudu besar gula aising

Bahan C (hiasan)

  • 10 sudu besar lepa sapuan Biscoff

Cara penyediaan :

1. Untuk dasar kek, kisarkan kesemua bahan A sehingga halus menjadi serbuk

@chefkecikkitchen/Instagram

2. Masukkan ke dalam bekas dan tekan sehingga ianya mampat, kemudian sejukkan seketika di dalam peti sejuk

@chefkecikkitchen/Instagram

3. Sementara itu, pukul krim putar hingga menjadi kental

@chefkecikkitchen/Instagram

4. Dalam bekas lain, pukul krim keju dan juga gula aising hingga sebati dan menjadi berkrim. Masukkan ia ke dalam bancuhan krim putar tadi. Gaul sebati.

@chefkecikkitchen/Instagram

5. Paipkan bahan B ke dalam bekas yang sudah terdapat bahan A. ratakan dan sejukkan selama 10 hingga 15 minit

@chefkecikkitchen/Instagram

@chefkecikkitchen/Instagram

6. Kemudian, cairkan lepa sapuan Biscoff dalam ketuhar gelombang mikro lalu curahkan di atas kek. Ratakan permukaan lalu sejukkan di dalam peti sejuk.

@chefkecikkitchen/Instagram

7. Hiaskan kek dengan kepingan biskut dan juga boleh taburkan biskut Biscoff yang telah dihancurkan. Siap!

@chefkecikkitchen/Instagram

Apa yang penting adalah kek ini hanya perlu disejukkan sahaja dan tidak perlu menggunakan ketuhar, mudah bukan?

Untuk memudahkan anda, kami lampirkan bersama video penuh di bawah ini :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Chef Kecik Kitchen (@chefkecikkitchen) on

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Resipi VIDEO

Video Popular