HULU TERENGGANU – Seorang kakitangan Kementerian Kesihatan yang sedang menjalankan tugas didapati telah ditumbuk oleh seorang lelaki di sebuah restoran di Kuala Berang.

Tertuduh, Amran Mohamed mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas tuduhan menggunakan kekerasan jenayah.

Ketika kejadian pada 5 Oktober lalu, tertuduh yang sedang menghisap rokok dikatakan ‘naik angin’ apabila ditegur mangsa lalu bertindak terus memukulnya.

Mangsa yang menegur agar tertuduh patuh akan prosedur operasi standard (SOP) difahamkan mengalami kecederaan di beberapa bahagian anggota badan.

Harian Metro

Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah terhadap penjawat awam.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh bakal berdepan dengan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pengakuan tidak bersalah oleh tertuduh kemudiannya direkodkan dan mahkamah menetapkan 2 November akan datang sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pihak mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,500 menerusi seorang penjamin.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular