Misi menurunkan berat badan sudah pasti merupakan satu proses yang agak sukar bagi kebanyakan daripada kita bukan?

Banyak kaedah diet yang anda boleh sahaja Google sebenarnya namun tidak perlulah anda terus berlapar sehingga tidak menjamah nasi langsung.

Buntu apa menu diet yang boleh anda amalkan? Berikut merupakan beberapa resipi yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, Nora Azni yang berjaya menurunkan berat badan!

#1 Tortilla Wrap

Nora Azni/Facebook

Bahan-bahannya :

  • Isi ayam (dipotong kecil)
  • Tomato ceri (dibelah dua)
  • 2 biji bawang merah kecil (dipotong dadu)
  • 2 keping daun salad
  • 1 sudu kecil mayonis
  • Kepingan cili
  • Lada hitam dan garam

Cara penyediaan :

1. Perisakan isi ayam dengan lada hitam dan garam lalu pangganggkannya di atas kuali.

2. Gaulkan ayam tadi dengan mayonis, tomato ceri, bawang merah, daun salad dan kepingan cili

3. Letakkan atas wrap kemudian balutkan. Boleh panaskannya di atas kuali untuk seketika.

#2 Salad telur rebus

Nora Azni/Facebook

Bahan-bahannya :

  • 2 jenis salad ( bewarna hijau dan ungu gelap)
  • 2 biji telur rebus
  • 1 batang timun Jepun (dipotong)
  • Tomato ceri (dibelah dua)
  • Kepingan cili
  • Lada hitam dan putih

Cara penyediaan :

1. Potong dan bersihkan daun salad lalu toskannya. Rebus telur hingga masak kemudian potong kepada empat.

2. Masukkan semua bahan dan gaul sebati.

#3 Roti telur berkeju

Nora Azni/Facebook

Bahan-bahannya :

  • 4 keping roti gandum penuh
  • 4 biji telur
  • 2 keping keju cheddar
  • Lada hitam dan kepingan cili

Cara penyediaan :

1. Susunkan roti di atas pinggan kemudian pecahkan telur di tengah roti. Letakkan kepingan keju di sebelah telur.

2. Taburkan lada hitam dan kepingan cili di atasnya. Masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro selama seminit setengah.

#4 Salad ayam dan kentang

Nora Azni/Facebook

Bahan-bahannya :

  • Kentang (dibelah dua)
  • Isi ayam
  • Tomato ceri (dibelah dua)
  • Lada hitam dan kepingan cili

Cara penyediaan :

1. Rebus kentang hingga empuk dan biarkan sejuk seketika. Kemudian rebuskan pula ayam dan carik-carikkan isinya.

2. Masukkan semua bahan dan gaul sebati.

#5 Telur hancur cendawan butang

Nora Azni/Facebook

Bahan-bahannya :

  • 2 biji bawang putih (dicincang)
  • 4 biji cendawan (dihiris nipis)
  • 3 biji telur (pecahkan dalam mangkuk lalu tambah sedikit garam)
  • 1 sudu mentega
  • Kepingan cili dan lada hitam

Cara penyediaan :

1. Panaskan kuali lalu letakkan mentega, bawang putih dan cendawan. Kemudian masukkan kepingan cili dan lada hitam

2. Masukkan pula telur dan kacau sehingga masak.

#6 Salad telur hancur

Nora Azni/Facebook

Bahan-bahannya :

  • 2 biji telur (dikacau dan ditambah garam)
  • ½ sudu besar mentega
  • Daun salad
  • Kepingan cili dan lada hitam

Cara penyediaan :

1. Panaskan kuali kemudian masukkan mentega dan telur. Kacau hingga masak.

2. Basuh dan susuh salad lalu letakkan telur hancur di atasnya. Perisakan dengan kepingan cili dan ada hitam. Boleh hias dengan tomato ceri.

#7 Breakfast platter (untuk hidangan tiga orang)

Nora Azni/Facebook

Bahan-bahannya :

  • 2 keping tortilla (dipotong segi tiga)
  • Pepperoni daging
  • Salami daging
  • Keju cheddar
  • Daun salad
  • 2 biji telur (goreng mata separuh masak)
  • Tomato ceri (dibelah dua dan panggang seketika di atas kuali)
  • Roti Perancis (dipotong serong 6 keping dan dititis dengan minyak zaitun)
  • Sedikit sos keju

Cara penyediaan :

1. Susunkan sahaja semua bahan di atas pinggan. Cara makan : ambil tortilla, letak peperoni, keju cheddar dan tomato ceri.

Tetapi jika semua ini tidak kena dengan tekak anda, mungkin anda boleh cuba menu berasaskan nasi daripada beras perang di bawah.

#1 Nasi beras perang bersama budu, cili padi, ikan cencaru bakar dan sayur pucuk paku yang ditumis bersama minyak zaitun dan tomato

Nora Azni/Facebook

#2 Nasi beras perang bersama ayam goreng berempah, sayur kubis, suhun, sambal belacan dan timun

Nora Azni/Facebook

#3 Nasi beras perang bersama ikan cencaru bakar air asam, bendi celur dan timun

Nora Azni/Facebook

#4 Nasi beras perang bersama ikan tilapia bakar air asam, pegaga tumis, bendi celur dan kacang panjang

Nora Azni/Facebook

#5 Nasi beras perang bersama kerabu ikan bilis, udang rebus air asam, sayur tumis dengan minyak zaitun dan timun

Nora Azni/Facebook

#6 Nasi beras perang bersama ikan tilapia bakar air asam, ulam hijau dan timun

Nora Azni/Facebook

#7 Nasi beras perang bersama kerabu ikan bilis, telur dadar tanpa minyak, brokoli dan lobak merah rebus

Nora Azni/Facebook

#8 Nasi beras perang bersama kerabu kerang rebus yang digaul bersama air asam, ayam bakar, taugeh dan terung

Nora Azni/Facebook

#9 Nasi beras perang bersama daging bakar air asam, ikan masin goreng dan sayur bayam

Nora Azni/Facebook

#10 Nasi beras perang bersama ayam bakar, kerabu ikan bilis, terung bakar dan ulam raja

Nora Azni/Facebook

Apa yang penting, pastikan pengambilan makanan menggunakan konsep suku-suku separuh ya, barulah boleh kurangkan berat badan!

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular