Amnya, majlis perkahwinan memakan belanja yang agak besar dan memerlukan simpanan secukupnya. Jika berlebihan, pembaziran pula berlaku.

Jadi bagaimana agaknya untuk mengelakkan pembaziran khasnya makanan di majlis perkahwinan?

Sebuah organisasi tempatan, What A Waste ditubuhkan bertujuan untuk mengurangkan pembaziran makanan di Malaysia.

Dan baru-baru ini, organisasi itu menerusi Facebook, ada berkongsi jumlah makanan yang mereka berjaya dermakan kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Semuanya atas kesedaran dan ihsan daripada kedua-dua pengantin yang dikenali sebagai Ashraf dan Raihanah.

“Pada hari perkahwinan mereka, pasangan ini memutuskan untuk berkongsi lebihan makanan dengan komuniti yang memerlukan”.

“Diadakan di Glasshouse, Seputeh, majlis yang merupakan usahasama bersama perancang perkahwinan, Eventistry berjaya menyumbang kepada sifar lebihan makanan ketika majlis”.

Antaranya :

  • 535 kilogram nasi
  • 926 kilogram pajeri
  • 854 kilogram daging
  • 119 kilogram ayam
  • 512 kilogram pencuci mulur Suji
  • 928 kilogram kuih Seri Muka
  • 767 kilogram kuih Kole Kacang
  • 5 liter minuman (61 botol x 500 milimeter)
  • 5 liter teh tarik

Langkah mendermakan lebihan makanan melalui What A Waste ini bukan sahaja memastikan tiada pembaziran berlaku malah dapat juga lakukan kerja amal dengan mendermakannya.

Jumlah keseluruhan makanan yang didermakan kepada golongan memerlukan adalah sebanyak 115.312 kilogram!

Kerja pembungkusan lebih makanan tersebut hanya memakan masa selama 43 minit sahaja dan kesemua makanan itu kemudiannya disumbangkan kepada keluarga di PPR Kerinchi.

“Kami sangat gembira kerana berpeluang untuk melaksanakannya”. Anda juga boleh mendermakan makanan kenduri anda kelak.

Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan mendaftar untuk menjadi penderma di What A Waste, semudah itu sahaja anda boleh berbakti kepada mereka yang memerlukan!

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular