Pihak Agrobank pada 7 Oktober mengesahkan bahawa salah seorang kakitangannya yang bertugas di cawangan Sungai Buloh diuji positif COVID-19.

Berdasarkan kenyataan pada laman web, pekerja berkenaan kini sedang menerima rawatan perubatan di sebuah hospital kerajaan.

Sementara itu, pihak bank juga telah menjalankan langkah pengesanan kontak rapat buat mana-mana individu yang berhubung dengannya.

Info Roadblock JPJ/POLIS / Facebook

Cawangan terjejas juga akan ditutup sementara bermula 7 Oktober hingga pemberitahuan lebih lanjut kelak.

Ia bertujuan untuk melakukan langkah sanitasi dan pembersihan secara menyeluruh pada fasiliti yang terjejas.

Manakala semua pekerja Agrobank di cawangan tersebut turut diarahkan untuk menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari bermula 7 Oktober.

Info Roadblock JPJ/POLIS / Facebook

Pihak Agrobank walau bagaimanapun telah mengambil semua langkah pencegahan yang diperlukan bagi memastikan keadaan kesihatan dan keselamatan pada tahap terbaik.

Sebagai alternatif, pengguna bolehlah menjalankan aktiviti perbankan atau berurusan di mana-mana cawangan lain yang terdekat.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular