Persekitaran rumah yang bersih bukan sahaja menyejukkan mata yang memandang, bahkan ia juga dapat menghindarkan penghuninya daripada penyakit bawaan vektor.

Kelihatan seperti tapak pelupusan sampah, siapa sangka ia sebenarnya adalah merupakan sebuah rumah yang dihuni oleh seorang warga emas.

Rumah yang terletak di Taman Bersatu, Simpang Pulai berkenaan mendapat perhatian ekoran dipenuhi dengan timbunan sampah seperti plastik, kotak, tin kosong serta sisa makanan.

Astro Awani

Difahamkan bahawa sampah-sampah berkenaan merupakan hasil kutipan oleh wanita berkenaan pada setiap hari sejak beberapa tahun yang lalu.

Menurut sumber, wanita itu akan keluar berbasikal dan mengutip sampah di premis-premis berhampiran untuk dibawa pulang.

Masalah longgokan sampah setinggi 1.5 meter itu di halaman rumah wanita yang dipanggil Cikgu Chung itu sudah pasti menimbulkan kebimbangan jiran tetangga.

Sinar Harian

Keadaan itu juga menyebabkan pencemaran bau dan dikhuatiri akan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes, sarang binatang berbisa ataupun masalah lain.

Pesara guru terbabit yang dipercayai mempunyai masalah mental difahamkan akan memanjat longgokan sampah tersebut terlebih dahulu bagi memasuki rumahnya.

“Sudah banyak kali kami nasihatkannya tetapi dia tidak pernah dengar. Malah kami pula dimarahinya. Dia juga akan marah jika kami usik sampahnya”, luah jiran Cikgu Chung.

Sinar Harian

“Kami sentiasa tutup pintu dan tingkap kerana tidak tahan bau busuk dan nyamuk”, tambahnya yang pernah dirawat di hospital ekoran demam denggi.

Dalam pada itu, kerajaan Perak difahamkan akan membantu Cikgu Chung atau nama sebenarnya Chung Sook Khuan menerusi khidmat nasihat dan sesi kaunseling.

Selain itu, kerajaan negeri melalui Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan bertindak segera membersihkan longgakan sampah di rumah berkenaan.

Tiga orang anak Cikgu Chung serta suaminya yang tinggal berasingan juga sedang dikesan oleh pihak kerajaan negeri untuk tindakan lanjut.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular