Ramai di antara kita yang beranggapan bahawa setiap individu yang membela haiwan adalah insan yang penyayang. Namun ia sebenarnya bergantung kepada keperluan psikologikal individu itu sendiri.

Menurut pemerhati psikologi kaunseling, Lin Cuifen, kebanyakan individu yang memelihara haiwan peliharaan adalah berdasarkan beberapa keperluan psikologi tertentu seperti :

  • Mahu mengurangkan kesepian
  • Mahu mempamerkan status
  • Mahu mencari sasaran untuk penyalahgunaan
  • Mahu mencari kegembiraan baharu

Terutamanya di kawasan metropolitan di mana hubungan interpersonal agak tegang maka ramai yang membela haiwan tidak berdasarkan pada keperluan harian mereka.

Jika dahulu ia dibela kerana mahu haiwan mengawasi rumah, mengembala haiwan ternakan, membajak ladang.

Tetapi kini haiwan dibela bertujuan untuk menggembirakan pemilik atau menjadi mangsa atau ‘beg tinju’ tuannya.

Oleh itu, mari kita ketahui personaliti disebalik pilihan haiwan peliharaan oleh sesetengah individu..

#1 Suka membela kucing

Foto hiasan/Pixabay

Lin mendapati bahawa individu yang membela kucing mempunyai personaliti yang unik namun tidak bermakna ianya pelik. Cuma, ianya agak berbeza daripada yang lain.

Seperti salah seorang rakan Lin yang merupakan seorang pahlawan, dia suka mengembara sendirian dan tidak suka bercampur dengan orang. Kucing yang dibesarkannya juga mempunyai kebiasaan yang sama.

Kucingnya suka berjalan sama ada di dalam atau di luar rumah sahaja.

#2 Suka membela anjing yang setia

Foto hiasan/Pixabay

Individu sebegini – sama ada mereka mahu berkawan atau mencari kekasih, juga mementingkan aspek kesetiaan terhadap haiwan kesayangan mereka.

Pada pendapat mereka, haiwan peliharaan yang baik adalah bersifat setia seperti apa yang ditunjukkan di dalam filem, di mana anjing akan sentiasa melindungi keselamatan tuannya.

Anjing juga amat responsif terhadap harta benda milik tuannya selain memberi perhatian terhadap sebarang pergerakan orang luar pada setiap masa.

Selain itu juga, individu yang membela anjing yang setia ini juga lazimnya sangat berdedikasi terhadap keluarga serta kerjaya mereka.

Begitu juga dengan kesetiannya pada ketua di tempat kerja mahupun dengan rakan-rakan, di mana mereka tidak teragak-agak untuk menempuhi kesukaran demi mereka.

#3 Suka membela haiwan hiasan

Foto hiasan/Pixabay

Buat individu yang membela kucing atau anjing di rumah, mereka secara fizikalnya suka bersama haiwan kesayangan.

Pada pemerhatian Lin, individu yang suka sentuhan antara kulit dengan haiwan peliharaan juga cenderung untuk menzahirkan perasaan dan sayang menerusi sentuhan tubuh dan kulit sesama manusia.

Hal yang berbeza dengan individu yang suka membela haiwan perhiasan seperti ikan misalnya. Mereka tidak biasa melakukan sentuhan pada individu lain. Jika ada orang yang memeluk mereka, sudah pasti ia akan membuatkan individu itu kaku.

Seperti salah seorang rakan Lin, di mana jika terdapat individu lain yang mahu menyentuhnya, maka dia secara drastik akan mengelakkannya daripada berlaku. Dia juga tidak gemar berpelukan.

Individu yang gemarkan haiwan peliharaan sebegini juga tidak sukakan persekitaran yang terlalu bising. Mereka lebih gemar suasana yang bebas dan sepi.

Jika anda mengenali individu sebegini, hormatilah autonomi tubuhnya dan biarkan individu itu mengambil masa untuk membiasakan diri dengan kehadiran anda.

#4 Suka menunjuk haiwan peliharaan

Foto hiasan/Pinterest

Amnya, pemilik yang suka mempamerkan haiwan peliharaan mereka seperti memilih pakaian mewah lazimnya sering menghabiskan banyak wang untuk mendapatkan haiwan daripada baka yang mahal.

Individu sebegini mungkin juga gemar menunjuk pasangan mereka. Jika anda tidak sukakan individu sebegini, maka carilah mereka yang suka membela haiwan jalanan sahaja.

#5 Suka bela haiwan jalanan atau terbiar

Foto hiasan/Pixabay

Sebilangan besar orang yang melihat kucing atau anjing liar dan ingin membawanya pulang mempunyai sifat penyayang dalam diri.

Mereka bukan sahaja menjaga haiwan tetapi juga bersimpati dengan mereka yang bernasib malang. Oleh kerana mereka agak penyayang, ini menjadikan mereka agak sukar untuk menolak orang lain.

Sebaik sahaja lihat golongan yang memerlukan pertolongan, mereka cuba sedaya upaya untuk membantu dan melindunginya.

Kebanyakan orang yang menyayangi haiwan tidak boleh bertolak ansur dengan orang yang membenci haiwan atau kurang menyayangi haiwan.

Sama seperti doktor haiwan, kita sendiri boleh tahu sama ada mereka benar-benar penyayang terhadap haiwan ataupun cuma mahukan wang sahaja.

#6 Suka membela anjing yang ganas

Foto hiasan/Pixabay

Notis ‘Berjaga-jaga dengan anjing’ di hadapan pagar rumah sesetengah individu sering memberikan rasa takut pada kebanyakan daripada kita, bukan? Walhal kita tidak berniat jahat.

Ini kerana ada sesetengah individu yang membela jenis anjing yang ganas sebegini mahu melindungi kawasan rumahnya.

Pemilik anjing sebegini lazimnya berasa terasing dengan perhubungan serta daripada masyarakat di sekeliling.

Anjing sebegini agak merbahaya kerana pemilik mereka mungkin akan membenarkan anjing belaan mereka itu untuk menggigit pejalan kaki, kanak-kanak mahupun penghantar surat.

Haiwan tersebut bakal menimbulkan masalah dan ia bermaksud bahawa tuannya tidak suka bergaul mahupun tidak bersikap empati terhadap orang lain.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular