Kita sebagai manusia berkongsi kehidupan dengan pelbagai makhluk lain di dunia ini. Dan makhluk terbesar selain manusia adalah haiwan.

Manusia dan haiwan saling memerlukan dan sesetengah spesies haiwan itu menjadi hidangan buat manusia. Dalam rezeki manusia terdapat juga rezeki untuk manusia yang lain, juga untuk haiwan.

Amalan menjaga, merawat atau memberi makanan serta minuman kepada haiwan adalah amalan terpuji dan mulia di sisi agama.

Facebook

Pak cik dari Sungai Petani, Kedah ini memiliki bakat memanggil kesemua burung dengan perasaan belas kasihan untuk memberi mereka makan setiap hari. 

Facebook

Rakaman video tular perkongsian dari laman Facebook Oh My Media, menunjukkan seorang pak cik memberi makan kepada pelbagai spesies burung yang berada di lokasi berdekatan, dengan hanya melaungkan suara beliau untuk menarik perhatian kehadiran burung-burung menikmati rezeki mereka.

Facebook

Juga turut menarik perhatian orang ramai yang kagum dengan bakat istimewa dan kelebihan pak cik ini kerana memahami isyarat atau bahasa burung ketika memanggil kesemua burung-burung ini untuk mendapatkan makanan mereka.

Facebook

Mungkin oleh kerana pak cik telah lama melakukan rutin mulia memberi makan kepada semua burung selama bertahun-tahun, menyebabkan kesemua burung itu mengenali wajah dan suaranya serta mendoakan kesejahteraan juga kemurahan rezeki buat pak cik ini setiap hari.

Facebook

Pak cik murah rezeki, kesemua burung itu pun murah rezeki. Bukankah itu satu ketenangan dan kegembiraan namanya apabila kita dapat berkongsi kurniaan rezeki dengan orang lain termasuk haiwan lain juga.

Dan bakat pak cik ini ketika memanggil kesemua burung itu benar-benar mengagumkan.

Tonton video di bawah:

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular