Polis telah berjaya menahan seorang lelaki yang menyimbah air minuman ke arah seorang jurutol selepas video yang merakam kelakuannya yang biadab itu menjadi tular di media sosial, dalam satu kejadian yang berlaku di Plaza Tol Lebuhraya Shah Alam (KESAS) pada 5 Oktober.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu memaparkan tindakan seorang lelaki menyimbah air kepada seorang jurutol di Lebuhraya KESAS.

Facebook

Kejadian yang berlaku pada waktu pagi itu turut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata mengecam tindakan biadab lelaki tersebut. 

Suspek yang memandu Perodua Bezza berwarna biru memasuki lorong tol dan meminta untuk membuat tambah nilai Touch ‘n Go.

Difahamkan, insiden tersebut berlaku apabila lelaki tersebut memasuki lorong yang salah untuk membuat tambah nilai bagi kad Touch ‘n Go.

Facebook

Menurut sumber, mangsa telah memaklumkan kepada suspek bahawa tambah nilai hanya boleh dibuat di lorong bersebelahan memandangkan lorong itu tiada kemudahan tambah nilai.

Bagaimanapun, lelaki itu kembali semula ke pondok tol tersebut kira-kira jam 9.12 pagi dengan membawa sebungkus air minuman ikat tepi.

Sambil menyedut minuman, lelaki itu berkata kepada mangsa, “Lain kali jangan suka-suka nak kenakan orang,” lalu menyimbah bungkusan minuman ikat tepi tersebut ke arahnya dan terus beredar.

Facebook

Tindakan lelaki ini sangat kurang bijak kerana tidak menyedari dia boleh sahaja menambah nilai kad Touch ‘n Go itu di pelbagai kemudahan lain di lokasi selain dalam ekosistem lebuh raya bagi mengelak kesesakan, dan kebanyakan pengguna jalan raya sudah lama sedia maklum mengenainya.

Selepas meneliti rakaman CCTV tersebut, identiti lelaki terbabit dengan tindakan akal ceteknya telah berjaya dikenal pasti oleh pihak polis.

Facebook

Disebabkan insiden terbabit, mangsa yang takut dengan ugutan suspek tampil membuat laporan polis pada jam 4.25 petang hari yang sama.

Bertindak atas laporan berkenaan, sepasukan polis yang mula menjalankan siasatan untuk mengesan suspek dan telah berjaya menahannya. Kes disiasat menurut Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas kesalahan ugutan jenayah.

Tonton video di bawah:

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL VIDEO

Video Popular