Pihak polis telah menahan seorang lelaki kurang upaya (OKU) yang memakai gelang merah jambu di sebuah pasar raya yang terletak di bandar Melaka pada 5 Oktober lalu.

Tindakan lelaki tersebut kemudiannya dimaklumkan kepada pihak pengurusan pasar raya berkenaan selepas orang ramai menyedari terdapat gelang merah jambu di bawah jam tangannya.

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad, anggota polis dikejarkan ke tempat kejadian setelah mendapat maklumat mengenai lelaki itu.

Info Roadblock JPJ/POLIS / Facebook

Berdasarkan aduan yang diterima, lelaki OKU pendengaran tersebut datang ke premis itu bersama isterinya untuk membeli barang.

“Hasil pemeriksaan kita mendapati lelaki itu masih memakai gelang tangan berwarna merah jambu yang mana tempoh kuarantin bermula 30 September lalu hingga 15 Oktober ini”.

Info Roadblock JPJ/POLIS / Facebook

Tambah beliau, individu terbabit gagal mengemukakan surat pelepasan perintah kuarantin Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selain mengakui dirinya masih belum membuat saringan kali kedua.

“Susulan itu, suspek dipercayai melanggar perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) selama 14 hari”.

Lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis sehingga tamat tempoh kuarantin di rumah. Siasatan lengkap oleh pihak polis akan dilakukan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular