Tidak semua perkara kita dapat tahu menerusi tindakan haiwan peliharaan di rumah. Kadang kala pening juga dibuatnya.

Namun jika kucing atau anjing belaan anda di rumah mula melakukan tabiat pelik – dengan menekan kepalanya ke dinding, mungkin ia merupakan tanda penting untuk segera bawanya berjumpa doktor!

Ia bukanlah satu keadaan yang lucu dan sebenarnya mempunyai sebab kesihatan di sebalik tindakan itu.

Menurut sumber, ia sejenis tindakan kompulsif menekan kepala ke dinding atau objek lain tanpa sebarang alasan yang jelas.

Husky Paws/Facebook

Tindakan menekan kepala berkenaan sebenarnya menandakan bahawa kucing atau anjing anda sedang mengalami sakit kepala yang teruk.

Keadaan ini boleh berlaku pada anjing dan juga kucing daripada apa-apa baka atau usia sekalipun.

Facebook

Mereka sepertinya tidak dapat menahan kesakitan yang dialami itu sehinggakan mereka terpaksa menekan kepala mereka ke dinding.

Haiwan yang melakukan tindakan sebegini difahamkan mengalami kerosakan pada sistem sarafnya. Ia boleh disebabkan oleh keracunan toksik.

Facebook

Ataupun berpunca daripada ketumbuhan pada kepala, penyakit pada bahagian otak hadapan, kecederaan akibat kemalangan dan pelbagai lagi.

Justeru, jika anda perasan kucing atau anjing di rumah anda ada melakukan tindakan sebegini, jangan berlengah lagi. Segera bawanya ke klinik veterinar untuk mendapatkan rawatan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN

Video Popular