Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham dilaporkan turut menjalani kuarantin wajib selama 14 hari bermula 3 Oktober setelah menghadiri mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 3 Oktober yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, yang disahkan positif COVID-19 pada 5 Oktober.

Astro Awani melaporkan bahawa walaupun berada dalam tempoh kuarantin, Dr Noor Hisham akan tetap melakukan sidang media harian COVID-19 secara dalam talian dari rumahnya tanpa kehadiran wakil media. 

Ketua Pengarah Kesihatan dijadualkan akan bersiaran seperti biasa bermula jam 5.30 petang dan turut memaklumkan beliau menggunakan teknologi video untuk semua mesyuarat yang perlu dihadiri.

Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang disahkan positif COVID-19 kini sudah menjalani rawatan lanjut di hospital. 

Susulan itu, kesemua individu yang hadir dalam mesyuarat MKN termasuk Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengikuti peraturan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjalani kuarantin wajib dalam tempoh 14 hari.

Dalam kenyataan media KKM pada 5 Oktober, Dr Noor Hisham mengesahkan bahawa salah seorang yang hadir dalam mesyuarat MKN pada 3 Oktober telah disahkan positif COVID-19 dan sedang menjalani kuarantin wajib. Individu terbabit tidak asimptomatik (tidak bergejala) tetapi telah diletakkan di dalam pemerhatian di hospital.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular