Tatkala keadaan ekonomi yang semakin mencabar ekoran pandemik ini, kita dapat lihat agak ramai rakyat Malaysia yang terkesan terutamanya buat golongan B40.

Di mana kesusahan yang dialami kadang kala mendesak mereka untuk melakukan jenayah. Oleh yang demikian, kita seharusnya lebih berjaga-jaga.

Seorang wanita yang juga merupakan seorang jurufoto sebuah majlis perkahwinan baru-baru ini mengalami detik cemas ketika sedang bertugas di rumah pelanggannya di Taman Lagenda Kulai, Johor.

China Press

Insiden itu berlaku pada 3 Oktober lalu, di mana Sow Hui Ni pada ketika itu sedang menunggu di ruang tamu kemudian muncul tiga orang lelaki daripada luar bergegas masuk ke dalam.

Lelaki-lelaki itu kemudian menyembur semburan pada mata Sow lalu bertindak mengacukan pisau pada mereka semua.

Difahamkan bahawa ketika itu, di rumah pengantin hanya terdapat kira-kira 9 orang sahaja, kebanyakannya anak gadis, kanak-kanak dan orang tua.

Penjenayah terbabit kemudiannya menyuruh mereka berkumpul di dalam bilik dan mengugut agar mereka mengeluarkan semua barang berharga.

China Press

Mereka bahkan turut mengugut untuk menculik seorang kanak-kanak yang hanya berusia dua tahun. Selepas penjenayah itu keluar daripada bilik, mereka yang ketakutan masih lagi menunggu di dalamnya.

Hinggalah kira-kira 3 hingga 5 minit selepas itu, barulah mereka keluar apabila benar-benar yakin bahawa tiada sebarang pergerakan di luar bilik.

Mereka mendapati bahawa penjenayah yang bertutur dalam bahasa Melayu itu telah mengambil banyak barang keluarga tersebut termasuklah wang dan juga kamera serta peralatan milik Sow.

“Ia berlaku begitu sahaja. Jangan tanya mengapa 9 orang tidak melawan 3 penjenayah itu. Lagi pula, mereka bersenjatakan pisau. Kami ramai wanita dan orang tua”, tulis Sow.

Sow Hui Ni/Facebook

Tambah Sow, peralatan kameranya adalah jenis Sony A73 (no siri : 4575579) dan lensa 24-70 serta Godox V1 Flash.

Perkongsian Sow itu bertujuan mahu orang ramai di luar sana sentiasa berwaspada lebih-lebih lagi jika mengadakan majlis perkahwinan di rumah. pastikan pintu sentiasa dikunci.

Ini kerana perkara itu kurang dititikberatkan oleh tuan rumah ketika mengadakan majlis. Pintu sentiasa terbuka untuk menyambut kedatangan sanak saudara dan kenalan.

Tetapi kini keselamatan lebih penting. Apa-apa pun boleh berlaku, jadi sentiasalah beringat tidak kira waktu.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular