KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan Perutusan Khas Situasi Semasa COVID-19 di negara ini pada 6 Oktober 2020.

Selain menjawab teki-teki sama ada kerajaan akan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, beliau mengulas lebih lanjut punca peningkatan mendadak kes COVID-19 pada ketika ini.

Berikut beberapa perkara penting yang disampaikan Perdana Menteri dalam perutusan khas pada 6 Oktober 2020:

1. Kerajaan belum bercadang melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

2. Kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, baru-baru ini menjadi antara punca peningkatan mendadak kes COVID-19 di seluruh negara.

3. Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) menjadi penyumbang terbesar kepada peningkatan kes COVID-19 di dalam negara.

4. Jangkitan tidak mengenal latar belakang individu, tiada double standard atau yang terkecuali menjalani proses kuarantin.

5. Hanya sekolah di kawasan zon merah di arah tutup buat masa ini.

Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kerajaan memutuskan untuk mengenakan sekatan perjalanan dari Sabah dan ke Sabah membabitkan pergerakan dari Semenanjung, Sarawak dan Labuan bermula 12 Oktober hingga 25 Oktober 2020.

Tonton Perutusan Khas Perdana Menteri di bawah:

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL VIDEO

Video Popular