Sejak akhir-akhir ini banyak video tutorial muncul di internet yang mengajar kita melakukan pelbagai aktiviti untuk pekerjaan harian.

Apa yang menariknya tutorial yang dilakukan adakalanya tidak masuk akal tetapi ianya adalah sesuatu yang berkesan dan boleh dipakai dalam kehidupan seharian. Misalnya, menampal bahagian perabot dengan rosak atau pecah dengan menggunakan mi segera. Bunyinya pelik tetapi percaya atau tidak ianya memang berhasil!

Mengambil idea daripada video terdahulu, sekumpulan anak muda ini muncul dengan inisiatif sendiri untuk menampal jalan berlubang dengan menggunakan maggi. Boleh anda bayangkan jalan yang berlubang ditutupi dengan maggi? Agak-agaknya apakah usaha mereka akan berhasil?

Paparan Skrin/YouTube

Benda pertama yang perlu ada semestinya maggi. Adalah lebih baik untuk menggunakan maggi yang sudah tamat tempoh dan tidak boleh dimakan lagi supaya tidaklah begitu membazir. Seterusnya mereka memerlukan gam gajah, kertas pasir dan penyembur cat berwarna hitam.

Paparan Skrin/YouTube

Paparan Skrin/YouTube

Langkah pertama yang dilakukan ialah dengan menutup lubang dengan menggunakan maggi yang telah dihancurkan. Pastikan lubang tersebut ditutup sepenuhnya dan kemudian barulah gam diletakkan di atasnya supaya maggi tersebut melekat antara satu sama lain dan tidak mudah pecah.

Anak-anak muda ini nampaknya sangat teruja dengan eksperimen mereka walaupun adakalanya aktiviti mereka ‘diganggu’ dengan kenderaan yang lalu-lalang di situ.

Paparan Skrin/YouTube

Namun, semua itu tidak menjadi masalah malah mereka tetap meneruskan aktiviti menampal jalan berlubang. Selepas meletakkan gam mereka menggunakan kertas pasir untuk melicinkan permukaan maggi tadi sebelum mereka menyembur cat berwarna hitam.

Paparan Skrin/YouTube

Paparan Skrin/YouTube

Selesai menyembur cat, mereka bersedia untuk melihat sendiri adakah misi mereka berjaya. Salah seorang daripada mereka kemudian terus memandu sebuah kereta dan lalu di atas permukaan maggi tadi dan hasilnya memang menjadi!

Jalan berlubang tadi sudah tidak berlubang dan berjaya ditutup dengan menggunakan maggi dan gam gajah!

Itu baru aktiviti pertama dan mereka meneruskan misi seterusnya dengan mencari lubang-lubang lain yang ada pada jalan untuk dibaiki. Bayangkan kalau kesemua lubang berjaya ditampal, pastinya tiada lagi lopak air atau kenderaan yang rosak akibat lubang pada jalan.

Untuk semua usaha dan tindakan yang mereka lakukan ini pasti telah membuatkan ramai orang yang berterima kasih, terutama mereka yang menggunakan jalan itu setiap hari.

Lihat kegiatan aktiviti anak muda ini:

ArunTonsom/YouTube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular