Kadang kala, teringin pula tekak ini mahu menjamah makanan Barat seperti roti mentega bawang putih atau lebih dikenali sebagai ‘garlic butter bread’ bersama sup cendawan panas.

Namun keadaan kes positif COVID-19 yang kian meningkat membuatkan niat untuk makan di restoran terbantut. Jadi, pilihan lainnya adalah dengan membuatnya sendiri sahaja.

Anda teruja untuk mencubanya? Jom kita buat.. Bahan yang diperlukan adalah :

Nurul Balqis/Facebook

  • Roti Perancis iaitu ‘baguette’
  • Bawang putih (dihiris halus)
  • Mentega atau marjerin
  • Daun parsli kering
  • Sup cendawan jenama Campbell
  • Susu krimer sejat

Kaedah penyediaan :

1. Gaulkan mentega, bawang putih dan daun parsli, kemudian sapu pada hirisan roti Perancis yang dipotong serong. Pastikan sapuan pada sebelah permukaan roti sahaja.

Nurul Balqis/Facebook

2. Goreng roti di atas kuali tanpa menggunakan minyak sehingga garing

Nurul Balqis/Facebook

3. Kemudian untuk sup cendawan pula, tuangkan sup cendawan Campbell ke dalam periuk lalu masukkan susu cair ke dalamnya. Masak sebentar.

Nurul Balqis/Facebook

4. Masukkan satu sudu daun parsli kering di dalamnya. Siap!

Menurut individu yang berkongsi resipi ini iaitu Nurul Balqis, anda juga boleh meletakkan isi ayam dan juga kiub pati di dalam sup cendawan. Rasanya sudah tentu lagi sedap!

Nurul Balqis/Facebook

Tengok pun sudah menyelerakan bukan? Rangup pula rotinya ditambah lagi jika dicelup di dalam sup cendawan, terliurlah pula. Jom kita buat!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Resipi VIDEO

Video Popular