Dikenali ramai ekoran menjual patung lembut Pokémon di Petaling Jaya, lelaki yang mesra dipanggil Pakcik David dilaporkan telah meninggal dunia baru-baru ini.

Menurut anaknya, Rafeal Fika Phillips, Pakcik David meninggal dunia di usia 68 tahun pada 4 Oktober yang lepas.

Jelas Rafeal, sejak setahun yang lalu, bapanya sudah beberapa kali keluar dan masuk daripada hospital atas beberapa sebab.

Says

“Dia menghidapi penyakit diabetes dan kegagalan jantung. Pada 1 Oktober lalu, kami mendapati dia tidak responsif di rumah”.

Keluarga kemudian segera menghubungi ambulans agar Pakcik David dikejarkan ke hospital dalam kadar segera.

Hasil pemeriksaan mendapati bahawa bapanya itu mengalami jangkitan pada paru-parunya. Sebelum ini, mendiang pernah didiagnos dengan jangkitan namun ianya tidak begitu serius dan juga telah dibuang.

Tetapi jangkitan itu nampaknya berulang kembali dengan agak teruk sehingga menyebabkan paru-paru dan buah pinggang mendiang gagal untuk berfungsi.

“Ramai juga orang yang mahu menghulurkan bantuan apabila bapa saya menerima rawatan di hospital namun sejujurnya, saya tidak mahu meminta-minta”, kata Rafeal.

Says

Dalam kenyataan Facebook, Rafeal mengatakan bahawa upacara pengebumian bapanya akan diadakan pada 7 Oktober di Krematorium dan Tanah Perkuburan Kristian, Dewan Bandaraya (DBKL), Cheras.

Sudah bertahun-tahun Pakcik David berjaya meraih populariti setelah menjual patung lembut watak kartun itu bertempat di Bank HSBC, Damansara Utama.

Ketika kemuncak kegemilangan Pokémon Go pada tahun 2016, ramai peminat Pokémon sekitar Lembah Klang telah datang untuk mendapatkan barangan jualannya dengan harga RM10 setiap satu.

Tetapi kini tiada lagi. Selamat berehat, Pakcik David..

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI NASIONAL

Video Popular