Bendi adalah salah satu jenis sayuran yang kurang digemari oleh rata-rata individu di dunia. Namun ia sebenarnya amat kaya dengan serat, vitamin A selain rendah kalori.

Ia juga membantu melancarkan peristalsis usus, memudahkan pembuangan air besar serta mempunyai kesan anti-pengoksidaan dan pembaikan mukosa.

Bendi juga sebenarnya terbukti mampu menurunkan kandungan gula dalam darah. Menurut doktor dari Jabatan Metabolisme Hospital Jianren, Su Shenqi, bendi dapat menurunkan gula dalam darah ekoran kandungan flavonoid dan juga serat makanan larut yang dimilikinya.

Flavonoid membantu meningkatkan kapasiti antioksidan tubuh dan menghalang kesan ‘glucosidase’, di mana ia dapat melambatkan penyerapan gula dalam usus kecil.

Foto hiasan/Shutterstock

Lendiran di dalam bendi pula mengandung serat makanan larut iaitu ‘polysaccharide’ yang turut melambatkan penyerapan gula oleh tubuh.

Li Wanping selaku pakar pemakanan di Klinik Rongxin juga menambah bahawa polysaccharide itu turut mempunyai kesan meningkatkan imuniti sel.

Selain itu, bendi juga mengandungi banyak fitokimia antioksidan seperti catechins, gallocatechins, tannin, quercetin, myricetin, isorhamnetin dan kaempferol yang dapat mengurangkan reaksi keradangan pankreas sekaligus meningkatkan penggunaan gula dalam darah.

Air rendaman bendi mampu menurunkan kandungan gula dalam darah?

Foto hiasan/Shutterstock

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, amalan meminum air rendaman bendi untuk menurunkan gula dalam darah agak popular.

Namun menurut pakar, untuk mencapai kesan penurunan gula dalam darah yang baik, adalah lebih baik jika bendi itu dipotong terlebih dahulu sebelum direndam.

Ini kerana ia akan membiarkan nutrien di dalam bendi keluar lalu meleleh ke dalam air. Oleh itu, Su Shengqi berkata keadaan ini memungkinkan kandungan flavonoid di dalam bendi menjadi lebih tinggi.

Untuk mencapai kesan penurunan gula darah yang baik, anda dinasihati untuk memotong terlebih dahulu bendi berkenaan sebelum merendamkannya di dalam air.

Jelas Li Wanping, adalah lebih baik jika bendi tersebut dimasak terlebih dahulu sebelum direndamkan berbanding dengan meminum air rendaman bendi yang mentah..

Ini kerana bendi tidak sesuai dimakan secara mentah ekoran kandungai asid oksalik padanya berupaya merengsakan usus serta mendatangkan masalah cirit-birit.

Selain itu, kita sedia maklum bahawa bendi mempunyai bulu pada lapisan luar kulitnya, di mana ia juga mampu menjadi penyebab alahan pada sesetengah individu.

Tidak perlu khuatir kerana walaupun bendi dimasak, kandungan polysaccharide yang membantu menurunkan kandungan gula dalam darah, tidak akan terjejas.

Untuk menstabilkan gula dalam darah, amalkan memakan bendi sebelum makanan utama

Foto hiasan/Photo-AC

Pesakit diabetes mengamalkan pengambilan bendi dalam satu hidangan mengikut urutan. Menurut Li Wanping, pesakit diabetes umumnya berusia lebih daripada 75 tahun disarankan untuk mengambil protein dahulu.

Kemudian barulah pengambilan sayuran seperti bendi yang turut diakhiri dengan makanan berkanji. Jika berusia kurang daripada 70 tahun, disarankan untuk mengambil bendi dahulu kemudian barulah protein.

Tambah beliau, jika pesakit memakan kanji terlebih dahulu, ia akan meningkatkan kandungan gula dalam darah dengan mudah. Jika mahu menstabilkan gula dalam darah, anda perlu makan serat terlebih dahulu.

“Jika kandungan serat yang pada usus adalah banyak maka anda boleh akhiri pengambilan hidangan anda dengan gula”.

Justeru, adalah lebih sesuai jika kita makan bendi dahulu sebelum memakan hidangan utama. Malah ia turut bermanfaat jika diamalkan oleh pesakit yang memiliki gula dalam darah yang tinggi atau tekanan darah tinggi dan juga lipid darah yang tinggi.

Pesakit diabetes yang mengamalkan pengambilan bendi juga perlu bekerjasama dengan doktor

Foto hiasan/Photo-AC

Banyak pesakit diabetes yang mengamalkan air rendaman bendi tidak mengambil ubat hipoglisemik mereka, di mana ia berupaya untuk menyebabkan kandungan gula dalam darah menjadi tidak terkawal.

Ia bahkan turut mampu mengakibatkan kandungan potasium dalam darah menjadi tinggi kerana bendi juga miliki kandungan potasium yang tinggi.

Berdasarkan eksperimen, Su Shengqi mendedahkan bahawa bendi mempunyai kesan yang signifikan terhadap penurunan gula dalam darah.

Individu yang mempunyai berat sekitar 50 kilogram perlu mengambil 125 biji bendi dalam sehari namun ia agak mustahil melainkan jika esktrak daripadanya dikembangkan di masa hadapan.

Kembali kepada perspektif suplemen sayur, pengambilan bendi sememangnya lebih bermanfaat tetapi memadai sekadar 9 hingga 11 biji (60-70 gram) pengambilan sahaja dalam sehari.

Sungguhpun pengambilan bendi diamalkan, ubat diabetes serta suntikan tidak wajar dikurangkan kecuali jika pesakit meminum air rendaman bendi atau memakan sayuran itu dalam jumlah yang banyak.

Hal ini bakal mengurangkan pengambilan asal kandungan kanji. Pesakit juga perlu menggunakan peralatan memantau tahap glukosa dalam darah untuk mengetahui dos ubat dan suntikan yang sesuai daripada doktor.

Cara lebih enak untuk menikmati air rendaman bendi

Foto hiasan/Shutterstock

Selain bermanfaat untuk pesakit diabetes, bendi yang kaya dengan serat turut bermanfaat untuk mereka yang menghidapi pesakit usus dan hiperlipidemia.

Bendi juga merupakan sayuran yang tinggi dengan kalium dan kalsium serta dapat membuang lebihan air dalam badan.

Untuk pengetahuan anda, seratus gram bendi mengandungi kira-kira 3.7 gram serat makanan – lebih tinggi daripada tiga mangkuk kubis!

Li Wanping mengatakan bahawa serat makanan dapat meningkatkan kelembutan usus dan juga membantu menurunkan lipid darah.

Justeru, kandungan serat yang berlendir di dalam bendi mampu membantu menyerap lebihan air dalam tinja serta membaiki situasi cirit-birit bagi mereka yang sering mengalami masalah berkaitan dengan usus.

Selain itu, bendi juga kaya dengan vitamin A yang membantu memperbaiki membran mukus serta ulser gastrik. Vitamin A juga baik untuk kesihatan mata.

Tiada pantang larang untuk menggabungkan bendi dengan makanan lain kerana bendi bersifat astringen dan mempunyai rasa yang lebih berat. Ia sesuai diambil dengan makanan yang mempunyai rasa yang tawar seperti daging ayam atau khinzir.

Ataupun ditumis dengan cendawan kerana kedua-dua sayuran itu mempunyai ciri-ciri licin. Ataupun boleh dimasak bersama telur kukus, telur hancur atau bersama masakan kari bagi mengurangkan kesan lendirannya.

Selain itu, kaedah memasak menggunakan lidi lalu dibakar ataupun teriyaki juga dapat menambahkan kelazatan bendi.

Atau anda boleh menggunakan kepingan daging nipis untuk membungkus bendi atau menambah cendawan asparagus dan enoki untuk memanggangnya.

Namun cara mudah untuk menikmatinya adalah mencelurkannya seketika lalu makan begitu sahaja dengan kuah pencicah seperti kicap ataupun sos.

Sungguhpun memiliki banyak manfaat kesihatan, pengambilan bendi secara berlebihan dalam satu-satu masa adalah tidak digalakkan. Ia perlulah diambil secara bersederhana.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular