Kini semua orang tahu khasiat buah mulberi yang tergolong dalam spesies tanaman buah beri yang kaya antioksidan dan ia baik dimakan untuk perkembangan otak.

Kalau dapat makan buah mulberi yang baru dipetik segar, sudah pasti lebih seronok. Campur dalam aiskrim, yogurt, bijirin sarapan, atau boleh dibuat jem, tambah sebagai bahan perisa dalam kek atau dibuat minuman jus yang lazat.

Kebun Mulberry/Facebook

Kita di Malaysia juga boleh tanam pokok Mulberi dalam pasu atau atas tanah. Cara hendak tanam pokok mulberi mudah sahaja, iaitu dengan menggunakan keratan batang yang telah matang.

Pastikan keratan batang pokok mulberi ditanam dengan cara yang betul iaitu mata tunas mesti menghala ke atas.

Kebun Mulberry/Facebook

Selepas itu siram dengan air macam biasa.

Keratan pokok mulberi yang sudah ditanam sebaiknya diletakkan di kawasan teduh terlebih dahulu sehingga 4 minggu atau sehingga mata tunas mengeluarkan tunas kira-kira 3 inci.

Kemudian baru boleh dipindahkan ke kawasan yang menerima sinaran matahari penuh.

Ada yang mengadu pokok mulberi mereka sudah berbulan-bulan ditanam tetapi buah mulberinya sebiji pun tidak pernah nampak.

Kebun Mulberry/Facebook

Rupanya ada teknik yang perlu dilakukan supaya pokok mulberi mampu berbuah lebat.

Perkongsian Siti Saja menerusi Facebook Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri tentang cara melebatkan buah mulberi akan buat anda lebih faham bagaimana caranya:

CARA MELEBATKAN BUAH MULBERI.

Siti Saja/Facebook

Caranya mudah saja. Ikuti langkah demi langkah di bawah:

1.CARA CANTAS POKOK UNTUK BESARKAN BUAH.

Mungkin ramai tak tahu, salah satu cara melebatkan buah mulberi yang paling menjadi ialah dengan meluruhkan semua daun sampai tinggal hanya batang dan dahan pokok.

Daun jangan dibuang kerana anda boleh buat teh atau goreng tepung. Yang penting mesti luruhkan semua daun itu untuk ‘memaksa’ pokok berbuah.

Selepas itu, cantas juga semua pucuk yang ada.

Dalam masa lebih kurang seminggu ke dua minggu, akan muncul banyak tunas baru berserta putik-putik buah.

Setelah buah hampir masak, luruhkan semua daun sekali lagi. Ini untuk memberi peluang buah membesar tanpa perlu bersaing dengan daun.

Kebun Mulberry/Facebook

2.CARA BUAT TEKNIK LENTURAN.

Satu lagi cara melebatkan buah mulberi adalah dengan teknik lenturan.

Caranya mudah iaitu lenturkan dahan dan ikat di pangkal pokok.

Kalau hendak cantik, ikat satu-satu di keliling batang utama.

Dahan yang lebih halus itu boleh juga diselitkan sesama sendiri. Ikat sekiranya tidak mahu dahan terlucut.

Sama ada tanam dalam pasu atau atas tanah sama sahaja kaedahnya.

Siti Saja/Facebook

3.BAJA.

Untuk pembajaan, boleh bubuh baja kopi.

Rajinkan diri tambah tanah hitam atau tanah bakar di pangkal pokok.

Siti Saja/Facebook

Selamat mencuba. Semoga tanaman pokok mulberi anda menjadi!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP

Video Popular