Kesabaran yang tinggi dan konsisten diperlukan oleh ibu bapa ketika menemani anak-anak mengikuti kelas dalam talian di rumah, jelas dibuktikan apabila anda melihat keletah dan ekspresi seorang ibu dari Indonesia ini ketika mengajar anak lelakinya menghafal prinsip Pancasila (Rukun Negara di Malaysia).

Rakaman video pembelajaran dari rumah ini menjadi tular kerana ekspresi kurang sabar yang ditunjukkan ibu ini kepada anak lelakinya yang berpakaian sekolah rendah amat melucukan.

Anak lelaki ini duduk di sebelah ibunya yang begitu teruja mahu mengajar prinsip Pancasila.

Vielan/Facebook

“Pancasila, satu Ketuhanan Yang Maha Esa,” kata ibu yang kemudian meminta anaknya mengulang prinsip pertama.

“Pancasila, satu ketuhanan…” anak ini cuba mengikuti ibunya dengan nada pelat.

Belum sempat anaknya menghabiskan ayat dengan tenang, si ibu telah memotong kerana tidak puas hati dengan sebutan itu.

Vielan/Facebook

“Ketuhanan!” ulang ibu ini dengan ekspresi wajahnya yang lucu.

“Ketuhanan yang mana esa,” anak itu mengikut ajaran ibunya dengan salah mengungkap prinsip pertama Pancasila.

“Maha! M-A Ma, H-A ha, Maha!” si ibu mengeja dengan wajahnya persis cikgu garang.

Vielan/Facebook

Sambil menegur anak menggunakan loghat daerah, dia kemudian mengambil penyapu sebagai tanda sedang marah dan menakutkan anaknya.

Anak ini yang kecut perut segera membetulkan tempat duduk dan menurut perintah ibunya.

Vielan/Facebook

“Cuba ajar kamu hafal jadi setengah mati. Pak cik kamu ingin membuat video untuk hantarnya kepada Puan Teli, ini adalah pembelajaran dalam talian,” jelas ibu ini mengapa mereka kena belajar dari rumah.

“Puan Teli jahat,” kata anak ini.

Spontan ibunya bertambah naik angin.

“Oh! maksudnya, kamu cuba kata Puan Teli jahat. Pak cik kamu ini kurang jahat? Hah?” tanya ibu yang sedang tension mengajar anaknya yang selamba dan sibuk sahaja bermain penyapu.

Vielan/Facebook

Interaksi ibu dan anak ini sedikit kasar penuh bebelan, tetapi menghiburkan hati netizen. Dalam mereka bertekak-tekak dengan muka lawak, diselang-seli dengan senyuman ikhlas tidak ambil hati.

Rata-rata netizen memberi komen bahawa mereka memahami perasaan ibu ini yang mahu anaknya menjadi lebih baik dalam pelajaran.

Vielan/Facebook

Kemarahan dan perasaan kurang sabar yang terlintas dalam fikiran ibu sangat berkaitan dengan keadaan semasa, terutama buat ibu bapa yang perlu mengambil bahagian dalam sesi pembelajaran dari rumah ketika pandemik global kini.

Apa yang penting, ibu tenang-tenang sahaja! Baharulah pembelajaran anak ini senang sahaja hendak masuk…

Tonton video di bawah:

Vielan/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular