Benar kata orang tiada seorang pun di dunia ini yang sempurna. Ada orang yang tidak mahir dalam melakukan kerja-kerja dapur, ada pula yang tidak begitu bijak dalam pelajaran dan ada juga yang mempunyai fobia atau ketakutan sendiri. Hakikatnya tiada apa yang perlu dimalukan kerana kita adalah manusia biasa sama seperti orang lain.

Sama seperti segelintir daripada kita yang sangat takut dengan jarum, lelaki dalam video ini juga nampaknya punya ketakutan yang sama. Melihat sahaja jarum membuatkannya sangat takut dan seakan-akan tidak mahu disuntik. Mungkin kalau diberi pilihan untuk dia pergi dari situ pasti dia akan melakukannya namun suka atau tidak dia terpaksa mengharungi cabaran besar itu.

Reaksinya ketika melihat petugas kesihatan mahu menyuntiknya adalah sesuatu yang sangat lucu. Dia malah menjerit dan cuba ditenangkan oleh seorang lagi petugas lelaki yang mengalihkan wajahnya ke tempat lain supaya dia tidak melihat jarum tersebut. Walaupun dia memejamlan matanya namun dia tetap berasa takut dan cuba menarik tangannya.

Apa yang paling melucukan ialah apabila jarum akhirnya berjaya disuntik, dia terus menjarit sehingga bergegar kepalanya. Melihat keadaanya seperti itu adakalanya kasihan juga tetapi apa boleh buat reaksinya memang sangat melucukan! Walau apa-apa pun dia akhirnya berjaya juga berhadapan dengan semua itu, syabas!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular