Sekali lagi Sungai Gong, Rawang telah dicemari dan kali ini, ia melibatkan sisa sampah klinikal yang syaki di buang daripada klinik veterinar swasta.

Menurut laporan, sisa berkenaan ditemui pada 3 Oktober lalu oleh sukarelawan program gotong-royong yang dijalankan di kawasan berkenaan.

Difahamkan bahawa sisa tersebut berupaya mendatangkan jangkitan penyakit terhadap komuniti setempat.

Menurut Norlin Jaafar selaku Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), sisa klinika itu bukan sahaja mencemarkan sungai bahkan membawa risiko penyakit berjangkit kepada masyarakat setempat.

 

“Saya mengarahkan JAS Selangor untuk mengambil bahan bukti untuk dihantar ke Jabatan Kimia supaya siasatan dapat dilakukan”.

“Dan seterusnya mengambil tindakan terhadap pesalah”, katanya yang tidak menolak kemungkinan bahawa ia mungkin dibuang oleh klinik veterinar berhampiran tebing sungai itu.

Tindakan boleh diambil mengikut Skesyen 34B, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.

 

Di mana sesiapa yang didapati bersalah boleh dihukum penjara maksimum lima tahun dan denda tidak melebihi RM500,000.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air, Zaini Ujang ketika program itu berkata, gotong-royong yang dijalankan melibatkan pembinaan denai sepanjang 1.4 kilometer.

Ia dilakukan secara manual untuk mengawal pencemaran sungai. “Gotong-royong pembinaan denai melibatkan 250 peserta di kawasan rizab sungai, akan membawa kebaikan”.

“Ia akan mendekatkan masyarakat kepada sumber air dan bersama memantau ekosistem sungai”, tambahnya.

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular