Bukan mudah untuk menentang virus COVID-19 yang sudah pun berbulan-bulan melanda dunia dan Malaysia sendiri berhadapan dengan cabaran besar untuk menangani virus tersebut. Sesukar mana pun kita disuruh mengikuti semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, sukar lagi tanggungjawab yang dihadapi oleh mereka di barisan hadapan.

Semua orang tahu bahawa akhir-akhir ini jumlah kes COVID-19 di negara ini semakin meningkat dan Sabtu (3 Oktober 2020) mencatatkan sejarah apabila kes yang dilaporkan mencecah 317 kes dan itu merupakan angka tertinggi yang pernah dicatatkan Malaysia dalam sehari.

Tugas yang berat pastinya digalas oleh kesemua mereka di barisan hadapan terutama Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Nooh Hisham Abdullah yang saban hari sibuk dengan tugas-tugasnya di samping muncul di TV untuk melaporkan kes terkini virus tersebut.

Semalam, beliau telah memuat naik sebuah status yang berbunyi kata-kata semangat buat mereka di barisan hadapan dengan harapan agar semua dapat bersama-sama untuk meratakan semula carta kes COVID-19.

Status tersebut telah mendapat perhatian ribuan pengguna Facebook yang rata-ratanya turut sama memberi semangat dan doa buat mereka yang bertugas. Ramai juga yang tidak henti-henti mengucapkan terima kasih di atas pengorbanan yang tidak pernah putus yang dilakukan oleh barisan hadapan sepanjang berhadapan dengan virus ini.

Sehingga kini status tersebut telah dikongsi lebih daripada 10,000 kali dan dihujani lebih daripada 3,000 komen daripada netizen di laman sosial itu.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular