Pada pagi 27 Jun 2018, Mahkamah Daerah Shijiazhuang Qiaoxi mengadakan perbicaraan haram terhadap Dr. Li Huiyun. Dia menghidapi penyakit skizofrenia akibat seksaan kejam yang dialaminya ketika ditahan di pusat tahanan pada tahun 2004. Sehingga kini, dia bahkan tidak lagi mengenali ibunya dan masih dalam keadaan tidak normal.

Ren Dongsheng dari Daqiuzhuang, daerah Jinghai, Tianjin, telah diculik kerana menyebarkan maklumat kebenaran dan kebaikan mengenai Falun Gong. Dia kemudian dihukum secara haram dan dipenjarakan selama lima tahun. Lapan bulan sebelum dibebaskan daripada penjara, dia telah dianiaya dan diseksa sehingga menjadi tidak normal secara mental. Beberapa tahun kemudian, dia meninggal dunia tanpa sebarang pembelaan.

Zhu Xia dari Chengdu pula diculik oleh kumpulan “610” (sebuah organisasi haram yang mengkhususkan diri dalam penganiayaan Falun Gong) pada bulan Jun 2003. Dia kemudian dibawa ke Kem Buruh Wanita Nanmusi di Zizhong lalu ditahan di tiga buah pusat ‘pendidikan semula’. Pada 2 April 2004, selepas Zhu Xia dibebaskan, dia didapati menangis, tertawa dan mengutuk serta dilihat tidak dapat mengurus dirinya sendiri.

Hanya kerana mereka percaya pada prinsip “Sejati, Baik, dan Sabar,” maka PKC menganiaya mereka dengan begitu kejam.

Masa lalu dan kini bagaikan dua individu berbeza, dia langsung tidak mengenali ibunya

Li Huiyun merupakan graduan Ph.D dan merupakan seorang Profesor Madya yang mengajar di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Elektronik, Universiti Sains dan Teknologi Hebei. Dia rajin bekerja dan sangat berdedikasi. Dia juga telah banyak merangkul anugerah akademik tempatan dan antarabangsa.

Pencapaian paten Li Huiyun memenangi International Invention Pioneer Award pada 2003 International International Invention Expo, selain memenangi Anugerah Emas untuk 2003 Hong Kong International Patent Technology Expo. Dia juga berjaya meraih Medal Emas, Anugerah Kemajuan dan juga Penemuan Teknologi untuk Asia International Patent Technology Patent Product Expo Kali ke-3.

Li Huiyun

NTDTV

Pada tahun 2012, semasa ibu Li yang berusia 80 tahun melawatnya di penjara, dia melihat rambut anaknya hampir putih sepenuhnya. Tubuhnya kelihatan lemah dan wajahnya seperti cacat. Dia bahkan tidak mengenali ibunya lagi. Melihat keadaan anaknya sebegitu, sudah pasti ia menghancurkan hati seorang ibu.

Individu yang baik menjadi sebegini

Ren Dongsheng pernah menderita penyakit jantung reumatoid dan tidak dapat bekerja maka dia menghabiskan masanya di rumah. Perbelanjaan seisi keluarga pula beralih kepada isterinya, Zhang Liqin. Secara beransur-ansur, isterinya juga menderita leukemia, bronkitis, serviks ‘spondylosis’ dan penyakit lain. Pada waktu itu, dia putus harapan dan berasa seperti langit sudah runtuh menimpa mereka.

Pada tahun 2003, Ren Dongsheng dan Zhang Liqin mula mengamalkan semula Falun Gong. Mereka pernah mengamalkannya sebelum ini, tetapi setelah PKC menganiaya pengamal Falun Gong, mereka berhenti kerana takut diculik dan dianiaya. Kali ini, mereka benar-benar mengamalkan prinsip ‘Sejati, Baik dan Sabar’ yang ternyata memanfaatkan aspek fizikal dan mental mereka.

Ren Dongsheng bekerja keras dan sentiasa bertimbang rasa terhadap orang lain. Dia mencari cara untuk menjimatkan wang ketuanya. Kadang kala, apabila ketuanya memerlukan seseorang untuk melakukan sesuatu pekerjaan, tanpa disuruh dia akan segera melakukannya.

Ren dan Zhang sebelum

NTDTV

Walau bagaimanapun, PKC bertindak memusnahkan kebahagiaan rumah Ren. Pada 8 Mac 2006, Ren telah diculik dan dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun. Dia ditahan di Penjara Binhai.

Sementara isterinya, Zhang pula dikenakan hukuman penjara selama tujuh tahun di Penjara Wanita Tianjian. Apabila tamat tempoh hukuman yang tidak adil itu, Zhang pulang ke rumah dan menyaksikan satu pemandangan yang menyedihkan.

Sebaik membuka pintu, dia melihat seorang lelaki bermata kusam dengan rambut panjang yang tidak terurus duduk di satu sudut lalu menggumamkan sesuatu di mulutnya. Tidak ada perabot yang di sekitarnya – lantai yang sadis dengan atap bocor manakala tiada kaca di tingkap.

Ren yang kurang siuman

NTDTV

Suaminya yang ‘lama’ kini tidak wujud lagi. Zhang kemudian membaiki pintu serta mengemas rumah tersebut. Namun suaminya tiba-tiba menghancurkan perabot lalu memukul Zhang dan anak mereka. Ren juga kadang kala mengejar isteri dan anaknya dengan kayu dan pisau.

Hidup dalam ketakutan

‘Zhu Xia biasa mengangguk dan tersenyum, matanya yang besar cantik sangat terang dan telus, kebaikan itu menjadikan seluruh persekitaran begitu harmoni, amat berbeza dari kawasan penjara yang kerap bising dan pelik,’ kata seorang pengamal Falun Gong yang diculik bersama Zhu Xia, dan mengimbas kembali wajah mesra Zhu Xia dahulu semasa Zhu Xia bercerita amalan kepada tahanan lain di sel.

Semasa (Zhu Xia) ditangkap ke balai polis, dia enggan dimasukkan ke lokap. Dia duduk bersila di pintu dan dengan lantang menyatakan kebenaran mengenai Falun Gong. 

Zhu Xia sebelum

NTDTV

Walau bagaimanapun selepas beberapa tahun iaitu pada 2 April 2004, sejurus sahaja Zhu Xia pulang daripada pusat pendidikan semula itu, dia didapati menangis, ketawa dan bertindak memarahi orang lain siang dan malam. Selimutnya dikoyakkan serta dia juga membuang air begitu sahaja.

Dia langsung tidak mahu mandi dan menjerit bahawa dia akan dirogol jika mandi. Dia selalu menutup kepalanya dengan tangan dan menjerit ketakutan apabila dipujuk untuk mandi oleh keluarganya, “Adakah kamu akan merogol saya?”. Zhu Xia difahamkan telah diperkosa semasa di tahan secara haram pusat pendidikan semula.

Zhu Xia selepas

NTDTV

Bagaimana mereka boleh jadi tidak siuman? Penggunaan dos tinggi terhadap dadah secara paksa

Pada 24 Februari 2004, Li Huiyun dan suaminya diculik oleh unit “610” tempatan ke Pusat Pendidikan dan Latihan Undang-Undang Hebei (juga digelarkan sebagai ‘Penjara Hitam’), di mana mereka mengalami penyiksaan yang tidak berperikemanusiaan di sana.

Lengan Li Huiyun sering diikat pada kerusi lalu dipukul oleh dua geng lelaki secara bergilir-gilir. Salah seorang daripada mereka juga menamparnya sehingga satu sisi rahangnya tidak berada di kedudukan asal. Ketika mereka melihat wajahnya condong ke satu sisi, mereka menamparnya dengan kuat di sisi lain.

Setelah diseksa selama lebih lima bulan, Li Huiyun masih berpegang pada kepercayaannya. Pada 10 Ogos 2004, dia dihantar ke pasukan Kem Buruh Shijiazhuang selama dua tahun. Setelah dihantar ke pasukan kelima, dia gigih menolak untuk berubah (berhenti berlatih) dan dirujuk ke hospital mental oleh penjaga penjara dengan alasan telah mengalami skizofrenia dan kemudian dianiaya di dalam hospital mental tersebut selama dua bulan.

Dia dipaksa mengambil ubat penenang dan perencat dalam dos yang sangat besar, di mana ia menyebabkan kelesuan, sering pengsan, tidak responsif seperti penyakit Alzheimer dan juga kekeliruan seketika serta kehilangan kawalan.

Pada 2 Mac 2011, Liu Haojie, pengarah District Xinhua “610” dan belasan anggota polis sekali lagi menculik Li Huiyun dan suaminya untuk dihantar ke pusat tahanan selama lebih 20 bulan. Dalam tempoh ini, Li Huiyun diseksa untuk waktu yang lama dengan tangan digari lalu dilekatkan ke tanah.

Makan dan minum semuanya di rak. Semasa tidur pada waktu malam, dia hanya boleh berbaring terlentang dengan mengangkat tangan, tidak boleh berpusing dalam satu posisi untuk sepanjang tahun. Mereka memerlukan bantuan untuk buang air besar dan juga ketika mengalami haid.

Pada tahun 2012, Li Huiyun, yang telah dianiaya dan mengalami gangguan mental, dijatuhi hukuman secara haram selama empat tahun lapan bulan lagi dan dimasukkan ke Penjara Wanita Hebei. Tangisan sengsaranya sering didengari dari bilik gelap sel.

Pada 2 Januari 2016, setelah Li Huiyun dibebaskan dari penjara, keadaan fizikal dan mentalnya masih belum pulih. Dia diculik sekali lagi pada 23 Mac 2017 dan ditahan secara haram di Pusat Tahanan No. 2 Bandar Shijiazhuang.

Pada pagi 27 Jun 2018, walaupun Li Huiyun masih dalam keadaan tidak normal, Mahkamah Daerah Shijiazhuang Qiaoxi masih mengadilinya secara haram, dan sehingga kini keputusan masih belum dikeluarkan.

Pergaduhan kumpulan secara ganas kerap berlaku

Ren Dongsheng ditahan di Penjara Binjin Tianjin (Penjara Gangbei) dan mengalami penganiayaan selama lima tahun. Pada 7 Mac 2011, Ren Dongsheng sepatutnya dibebaskan tetapi Penjara Gangbei dan kumpulan “610” memutuskan untuk menghantarnya ke pusat pendidikan semula untuk meneruskan penganiayaan.

Di penjara, Ren Dongsheng berulang kali mengalami penyiksaan dan penganiayaan dengan kejam menggunakan pemukul mulut dan kepala. Suatu ketika, seorang tahanan menjatuhkannya dan memijak jari kakinya dengan kasut sehingga kuku kakinya hancur.

Di bawah perintah kapten, Ren Dongsheng digari lalu dengan sengaja makanannya diletakkan di atas lantai. Jika dia mahu makan atau minum, dia terpaksa menggunakan mulutnya sahaja. Pernah sayuran jatuh ke lantai namun dia terpaksa juga memakannya.

Kerana Ren Dongsheng enggan melepaskan kepercayaannya, kapten memerintahkan enam atau tujuh tahanan untuk memukulnya dengan ganas menggunakan tongkat. Ketika dianiaya, Ren Dongsheng sempat menjerit, “Falun Dafa baik”. Akibatnya, dia dipukul berulang kali.

NTDTV

Keluarganya kemudian mengetahui bahawa Ren Dongsheng telah ditipu untuk mengambil serbuk putih yang tidak dikenali oleh polis, lantas menyebabkannya mengalami gangguan mental.

Pada pukul 2 pagi 12 September 2018, Ren Dongsheng meninggal dunia dengan rungutan.

Diseksa dengan kelas pendidikan semula di kem buruh

Zhu Xia, seorang pengamal Falun Gong di Guangrong, Chengdu pula difahamkan telah lama dipantau 24 jam setiap hari oleh Balai Polis Fuqin. Pada 1 Februari 2000, Zhu Xia yang mengandung lebih lapan bulan, masih dalam tahanan di balai polis.

Setelah lebih dua puluh hari bersalin, pengarah balai polis yang diberi nama Du dan pegawai pendaftaran pergi ke rumah Zhu Xia dan memaksanya untuk meninggalkan kepercayaannya namun telah ditolak.

Pada tahun 2001, ketika anak itu berusia 1 tahun, Zhu Xia ‘dididik’ secara haram melalui buruh selama satu setengah tahun oleh pemimpin “610”, He Yuanfu dan yang lain. Dia disiksa secara tidak berperikemanusiaan di Kem Buruh Wanita Nanmusi. Di sana, dia masih gigih anti pendidikan semula dan anti-penganiayaan.

Di Kem Buruh Wanita Nanmusi, Zhang Xiaofang, Kapten Skuadron Ketujuh sering menarik rambut Zhu Xia dan menolak kepalanya ke dinding dan menghinanya dengan perkataan kasar dan kejam.

Zhu Xia juga disiksa oleh 24 orang secara bergilir. Seramai 24 orang pengedar dadah dipilih untuk ‘pendidikan semula’ pengamal Falun Gong di kem buruh, di mana setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang untuk membentuk 6 kumpulan.

Enam kumpulan itu secara bergilir-gilir meletakkan para pengamal Falun Gong di tanah yang tidak rata dengan batu, batu bata dan jubin lalu menyeret mereka sehingga keenam kumpulan itu tidak lagi memiliki tenaga.

Pakaian yang nipis pada waktu itu membuatkan kulit pada punggung, pinggang dan kaki Zhu Xia yang diseret berdarah dan luka lalu menampakkan daging.

Pada 27 Oktober 2002, pendidikan semula secara haram terhadap Zhu Xia telah tamat. Zhu Xia diculik daripada kem buruh oleh “610” lalu dibawa ke pusat pendidikan semula Pixian untuk penahanan lebih lanjut, di mana dia ditahan dan diseksa selama hampir setengah tahun.

Zhu Xia diperkosa berkali-kali oleh Liu Wei dan yang lain di kelas pendidikan semula Pixian. Kemudian pada pertengahan Mac 2003, Zhu Xia pulang ke rumah, tubuhnya menjadi begitu kurus dan kelihatan seperti bukan manusia. 

Pada 9 Jun tahun yang sama, Zhu Xia tiba-tiba menghilang, diculik oleh He Yuanfu dan dihantar ke Pusat Pendidikan Semula Pengzhou. Pada bulan September, dia telah diseksa sehingga menghidapi halusinasi dan gangguan mental. Namun begitu, dia tidak dibebaskan dan dipindahkan ke pusat pendidikan semula Pixian dan daerah Xinjin County agar penganiayaan terhadapnya dilanjutkan. Zhu Xia masih lagi mengalami penyakit skizofrenia setelah dipulangkan ke rumah pada 2 April 2004.

Liu Guoping, seorang guru yang telah bersara di Daerah Anyue, Sichuan yang turut diculik dan ditahan secara haram berkali-kali, mengenali Zhu Xia, menulis:

“Saya melihat sendiri Zhu Xia, pengamal Falun Gong dari Chengdu diperkosa oleh polis jahat, Liu Wei yang menjadikannya gila. Polis telah lama mengawasi rumahnya, mencegahnya daripada menerima rawatan. Akibatnya, keadaannya semakin buruk. Dia sering menjerit sepanjang hari untuk membunuh Liu Wei untuk membalas dendam”.

Keluarganya kemudian menghantar Zhu Xia di tempat lain untuk mendapatkan rawatan dan menjalani proses pemulihan. Untuk merawat Zhu Xia, suaminya, Wang Shilin (pengamal Falun Gong yang juga telah ditahan secara haram melalui kem buruh tiga kali berturut-turut) terpaksa menutup kedai. Anak mereka juga terpaksa berhenti sekolah. Pegawai “610” menangkap mereka di mana-mana dan berhenti membayar gaji persaraan ibunya, menjadikan hidup mereka lebih sukar.

Cara yang sukar untuk melindungi hak

Sejak 20 Jun 2017, Zhang Liqin telah menempuh jalan yang sangat sukar untuk mempertahankan hak. Dia telah melakukan perjalanan hampir ke mahkamah, penjara dan jabatan lain. Tidak diketahui berapa banyak air mata yang ditumpahkannya selama ini.

Zhang ingin memberitahu orang awam tentang penganiayaan suaminya Ren Dongsheng oleh PKC dan nasib malang keluarganya, agar masyarakat dapat memahami kejahatan PKC. Dia juga berharap agar para pendakwa raya dengan relanya akan berhenti melakukan kejahatan.

Zhang yang mahu menuntut bela terhadap suaminya

NTDTV

Dia mengirimkan Surat Aduan Jenayah ke lapan jabatan termasuk Kejaksaan Tertinggi, Kejaksaan Tianjin, dan Kejaksaan Tianjin Cawangan Kedua, meminta agar Zhang Shilin, Gao Peizhi dan lain-lain di Penjara Tianjin Binhai dianggap bertanggungjawab atas perlakuan buruk terhadap orang yang ditahan secara haram.

Pada masa yang sama, Borang Permohonan Pampasan turut dihantar ke Penjara Binhai, Tianjin yang turut disertakan bersama bahan-bahan berkaitan. Setelah membuat carian di internet, diketahui bahawa pada 22 Jun, semua bahan di atas dihantar dengan betul.

Dalam tempoh itu, Zhang kerap diganggu oleh pihak polis Jinghai, mengakibatkan keadaan mental suaminya menjadi semakin buruk. Malah Zhang dipaksa untuk meninggalkan rumah dan berterus bekerja sambil tidak berputus asa untuk melakukan rayuan.

Pada 9 Mei 2018, Zhang Liqin akhirnya menerima notis pendaftaran kes daripada Mahkamah Menengah No. 1 Tianjin.

Jam 9 pagi pada 12 Jun 2018, hakim Mahkamah Menengah No. 1 Tianjin menjalankan prosedur siasatan. Jawatankuasa pampasan itu terdiri daripada lima hakim termasuk Naib Presiden, Ge Bohai. Mereka bertanya kepada pemohon pampasan Ren Dongsheng mengenai keadaan asas dan Permintaan pampasan serta perkara yang lainnya.

Tidak mudah untuk sampai ke tahap ini. Zhang Liqin telah menerima bantuan daripada banyak pihak dan dia juga melihat beberapa orang pendakwa raya secara beransur-ansur bangun mengenai kekejaman PKC.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL Kebenaran

Video Popular