Kanak-kanak memang suka makanan yang berkuah dan kurang pedas, apatah lagi jika makanan itu terdiri daripada jenis makanan yang lembut. Maka senanglah mereka makan.

Ianya juga dapat mengurangkan risiko kanak-kanak tercekik. Mengambil kira aspek tersebut, hari ini kami akan kongsikan kepada anda resipi sup telur istimewa yang dikongsikan oleh Nora Azni.

Nora Azni/Facebook

Anda hanya perlukan :

  • 4 biji telur
  • 7 biji bebola ikan yang dibelah dua
  • Lobak merah (potong ikut citarasa)
  • 3 ulas bawang putih yang dicincang
  • Separuh kiub pati ayam
  • Lada sulah
  • Garam
  • 2 gelas air masak
  • Minyak masak

Gambar Hiasan/Photo-AC

Langkah penyediaan :

1.Panaskan sedikit minyak masak (dalam anggaran 1 sudu makan)

2. Sesudah minyak panas, tumiskan bawang putih sehingga garing lalu masukkan lobak merah.

3. Kemudian masukkan air masak, kiub pati ayam, garam dan lada sulah. Pastikan api perlahan apabila kuah mula mendidih

4. Masukkan pula telur dan biarkan ianya masak. Elakkan daripada mengacau masakan untuk mengelakkan telur pecah

5. Apabila telur sudah masak, masukkan bebola ikan. Siap untuk dihidangkan.

Menurut Nora, kuantiti air masak yang dimasukkan adalah bergantung kepada jumlah telur yang digunakan. Jika banyak, tambahkannya ya.

Sesekali bolehlah kita cuba resipi baru untuk anak-anak, bukan? Mungkin mereka juga sudah jemu resipi yang sama sahaja. Ibu-ibu di luar sana apa tunggu lagi? Jom kita buat!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular