Anjing secara semula jadinya mempunyai rasa ingin tahu yang kuat dan mereka agak berani untuk berinteraksi dengan persekitaran bagi mencari tahu mengenai sesuatu.

Namun kadang kala, situasi boleh jadi tidak seperti yang dijangkakan dan pada ketika itulah, rasa berani itu bertukar menjadi ketakutan.

Seperti anjing-anjing yang berjaya dirakamkan oleh kamera ini, di mana mereka yang kelihatan ‘gagah’ dan garang sebenarnya penakut juga rupanya.

Foto hiasan/Freepik

Kita dapat lihat seorang lelaki yang memakai topi keledar melalui di kawasan hadapan sebuah rumah. ingin tahu siapakah gerangan individu itu, seekor anjing kemudian datang menghampiri.

Namun sebaik sahaja melihat aksi seni mempertahankan diri oleh individu terbabit, anjing-anjing berkenaan mula takut dan mengelak daripadanya.

Alamak!!

Miaow Miaow/Facebook

Padahal jika diamati, aksi seni bela diri terbabit seperti dibuat-buat sahaja dan bukanlah teknik yang sebetulnya. Pendek kata, acah-acah sahajalah..

Cuba anda lihat :

Atau anda boleh lihat pandangan daripada jauh pula…

Lucu betul. Tidak disangka pula anjing yang lazimnya garang dan kelihatan berani itu sebenarnya ada juga rasa takut dalam diri.

Untuk pengetahuan anda, kebanyakan anjing sememamngnya punyai rasa takut – terhadap bunyi kuat seperti bunga api dan petir.

Namun anehnya, mereka juga boleh takut akan kanak-kanak, lelaki, menaiki kenderaan, menuruni tangga dan pelbagai lagi sebenarnya.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular