Buat penggemar sukan ekstrem atau lasak, ada sahaja aktiviti yang mahu mereka cuba dan lakukan untuk memicu adrenalin masing-masing.

Walaupun rata-rata aktiviti sukan sedemikian agak bahaya dan berisiko namun ia langsung tidak melunturkan keterujaan mereka.

Malang bagi seorang wanita, Siti Halijah Abd Rahim yang berusia 33 tahun ini apabila dia ditimpa kemalangan ketika melakukan aktiviti terjunan ‘rope swing’.

Insiden berkenaan difahamkan berlaku di Kuala Kubu Bharu pada 27 September yang lalu, di mana Halijah disahkan mengalami patah tulang belakang akibat daripadanya.

Obe Mikel/Facebook

Selesai membuat terjunan, mangsa dilaporkan tergantung di ketinggian sekitar 10 meter sebelum berlaku kesilapan teknikal pada kabel.

Mangsa kemudian terhempas di atas batu sebelum terjatuh ke dalam sungai.

Jelas adik mangsa, Mohamad Yakub Abd Rahim, mereka sekeluarga masih lagi terkejut dengan insiden berkenaan.

Ini kerana sebelum kejadian berlaku, Yakub terlebih dahulu membuat terjunan sementara ahli keluarganya yang lain sempat memerhatikannya dari platform tinjauan.

Obe Mikel/Facebook

Kejadian itu difahamkan berlaku sangat pantas dan Yakub sempat mendengar kakaknya berkata, “best gila” sebelum dia terjatuh.

“Kakak saya memang sukakan sukan ekstrem ini. Sehari sebelum kejadian pun, dia pergi mendaki gunung di Negeri Sembilan”, kata Yakub.

Hasrat untuk melakukan terjunan rope swing ini sudah lama disimpan oleh Halijah dan Yakub sudah pun diajak kakaknya untuk melakukannya.

Kini, Halijah sedang dirawat di Hospital Selayang bagi menjalani rawatan pembedahan dan mujurlah pihak pengurusan kawasan tersebut mahu bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular