Apa agaknya sifat utama bagi seekor kucing? Ya, mereka suka membuat hal sendiri dan tidak begitu mempedulikan manusia.

Sungguh pun begitu mereka sebenarnya berupaya membezakan antara individu yang baik ataupun tidak. Mereka juga boleh tahu karakter dan emosi manusia. Hebat betul!

Seperti kisah ini, di mana seekor anak kucing secara tiba-tiba berjalan menghampiri seorang pemuda lalu mengekorinya.

Love Meow

Tiada apa yang dimahukan oleh anak kucing tersebut melainkan mahu dirinya segera diambil dan dibela oleh pemuda berkenaan.

“Ketika saya mengusap anjing saya, seekor anak kucing muncul lalu mengekori saya”, cerita pemuda itu, Will.

Menurut Will, anak kucing jenis tabby itu adalah kucing jalanan yang tinggal di kawasan berdekatan.

Love Meow

Langsung tidak takut dengan Will, anak kucing manja itu nampaknya begitu selesa bermain dengannya.

Pada ketika itu, kucing tersebut baru berusia 5 minggu dan sememangnya memerlukan rumah untuk berlindung. Jadi Will memutuskan untuk membelanya.

Love Meow

Anak kucing itu diberi nama Onion dan kemudian dibawa berjumpa dengan doktor veterinar untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Jelas Will, ibu kepada Onion langsung tidak dapat dikesan dan Onion hidup sendirian menyebabkan Will berasa kasihan.

Love Meow

Dan Onion juga berjaya ‘mencuri’ hati Will pada ketika itu. Sebaik sahaja diangkat, Onion mula menghasilkan dengkuran manja dan bersedia untuk dipeluk!

Inilah Onion sekarang… Sihat dan bulat!

Love Meow

Kini Onion sangat bahagia dengan kehidupan barunya. Onion gemar dipeluk tuannya dan pasti dengan mudah tertidur dalam pelukan Will.

“Di rumah, Onion akan ikut sahaja setiap langkah saya. Dia tidak akan biarkan saya keseorangan dan akan berdengkur setiap kali saya mengangkatnya”.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular