Bagi pemilik haiwan, mereka pasti memahami bahawa meninggalkan haiwan kesayangan di rumah untuk pergi bekerja adalah salah satu ujian yang terbesar yang perlu dilalui setiap hari.

Dan untuk pemilik Teemo, seekor anjing berbaka campuran Labrador Terrier dari Taiwan ini pastinya melalui ujian ini pada tahap yang paling sukar kerana Teemo sememangnya sangat mencintai pemiliknya!

TEEMO/Facebook

Teemo adalah anjing yang sangat setia pada pemiliknya dan Teemo sangat tidak suka untuk berjauhan dengan pemiliknya. Walaupun ketika pemiliknya perlu pergi bekerja!

Pada setiap hari bekerja, Teemo hanya akan menunggu kepulangan pemiliknya di hadapan pintu dengan penuh rasa sabar.

TEEMO/Facebook

TEEMO/Facebook

Seperti benar-benar memahami bahawa dirinya akan ditinggalkan seperti hari-hari sebelumnya, Teemo tetap tidak berputus asa untuk memaparkan raut wajah yang sedih ketika pemiliknya mahu pergi bekerja.

Sambil melihat pemiliknya yang sudah berada di dalam kereta, Teemo jelas menunjukkan wajah sedih, dengan harapan agar pemiliknya tidak pergi bekerja pada hari itu.

TEEMO/Facebook

TEEMO/Facebook

TEEMO/Facebook

Memang comel sungguh Teemo! Bijak betul!

TEEMO/Facebook

TEEMO/Facebook

Nampaknya, kehidupan pemilik Teemo agak sukar kerana perlu melalui sesi ‘perpisahan’ sementara yang menyakitkan buat anjing kesayangannya itu pada setiap hari. Diharapkan Teemo dan pemiliknya akan kekal bersama dan gembira selalu!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular