Sebuah pusat peranginan di Thailand memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap salah seorang pengunjungnya.

Ini berlaku apabila lelaki warga asing berkenaan meninggalkan sebuah ulasan buruk terhadap perkhidmatan pusat peranginan berkenaan di laman web Tripadvisor. 

Gambar hiasan/Unsplash

Lelaki berkenaan, Wesley Barnes, yang bekerja di Thailand didapati telah meninggalkan ulasan buruk terhadap Sea View Resort sepanjang penginapannya di lokasi itu pada bulan Julai lalu dengan menyatakan bahawa dia telah dilayan dengan buruk dan mendakwa bahawa pekerja di pusat peranginan itu seperti tidak mengalu-alukan kedatangannya.

Susulan muat naik ulasan negatif itu di laman Tripadvisor, pihak pengurusan Sea View Resort telah memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Barnes kerana menurut mereka, ulasan yang diberikan oleh lelaki itu adalah tidak adil untuk pihaknya serta merosakkan reputasi baik pusat peranginan itu.

Gambar hiasan/Unsplash

Mengulas lanjut berkenaan hal ini, pihak polis Koh Chang memaklumkan bahawa pihak pengurusan pusat peranginan itu mendakwa bahawa Barnes telah pulang ke hotel dengan membawa alkohol dan menolak untuk membayar bayaran khas alkohol yang dikenakan serta telah bergaduh dengan kakitangan pusat peranginan itu.

Barnes sebelum ini telah ditahan oleh pihak Imigresen Thailand dan dibawa semula ke Koh Chang dan kini telah dibebaskan dengan ikat jamin. Jika sabit kesalahan, Barnes boleh dikenakan penjara sehingga dua tahun di bawah undang-undang anti fitnah Thailand.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular