Kucing secara fitrahnya merupakan spesies haiwan pemakan daging ataupun karnivor. Jika tidak, tiadalah kes-kes ‘kecurian’ ikan di dapur kita, bukan?

Mereka juga kadang kala akan memakan tumbuhan seperti rumput sekiranya perut mereka meragam. Ia membantu sistem usus membersihkan daripada apa-apa yang tidak boleh dicerna seperti bulu mereka.

Namun lain pula halnya dengan seekor kucing yang cukup istimewa ini apabila kucing berbelang-belang atau tabby itu dilihat mengunyah peria!

Anda lihatlah sendiri :

ERA (Malaysia)/Facebook

Kita dapat lihat kucing tersebut sempat menghidu sedikit peria berkenaan sebelum memakannya. Padahal sayuran itu pahit, bukan?

ERA (Malaysia)/Facebook

Bagaimana agaknya kucing ini boleh memakan peria mentah itu begitu sahaja ya? Kita pun sukar mahu menelan peria, inikan pula mengunyahnya.

ERA (Malaysia)/Facebook

Menurut pakar, kajian mendapati bahawa kucing memiliki 12 gen untuk mengesan deria pahit, lantas menjadikan mereka haiwan yang agak cerewet ketika makan.

Tetapi setelah berevolusi selama beberapa generasi, kucing tidak lagi dapat merasai makanan yang manis, begitu juga dengan makanan yang pahit. 

Mungkin sebab itu agaknya kucing ini elok sahaja makan peria potong..

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular