Jalan yang berlubang bukan sahaja mengundang bahaya untuk pengguna jalan raya, malah turut menyusahkan para pengguna jalan raya untuk mengelak lubang yang berpotensi merosakkan tayar kenderaan.

Bagaimanapun, baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang pemuda dirakam sedang berusaha untuk ‘membaik pulih’ lubang jalan raya yang dibimbangi membahayakan para pengguna jalan raya berkenaan.

Facebook

Menurut kiriman, lubang yang besar itu terletak berdekatan dengan pusingan berhampiran pasaraya Econsave dari Kulai menuju Bandar Puteri. Dan, ketika melintasi jalan raya itu, pengirim melihat seorang pemuda yang membawa sebuah baldi yang dipenuhi dengan batu sedang mengisi lubang berkenaan dengan batu-batu kecil yang dibawanya.

Facebook

“Saya melihat seorang pemuda yang baik hati dan tidak mementingkan diri sedang berusaha sebaik mungkin untuk membaik pulih lubang itu untuk keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

“Oleh kerana pihak berkuasa akan mengambil masa yang lama untuk membaik pulih lubang itu, kita hanya boleh bergantung harap kepada diri kita sendiri untuk membaikinya,” tulis kiriman itu.

Facebook

Walaupun hasil baik pulih yang dilakukan oleh pemuda ini tidaklah begitu sempurna, namun usahanya sangat murni dan dia juga berjaya mengurangkan kadar kemalangan daripada berlaku di jalan raya berkenaan.

Terima kasih, anak muda!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular