Pembelian secara dalam talian sudah menjadi kebiasaan buat kita semua terutamanya apabila pandemik melanda ketika ini. Kita hanya tunggu sahaja barang sampai di rumah.

Oleh yang demikian, adalah penting untuk kita meletakkan alamat rumah dengan betul agar proses penghantaran barang itu berjalan dengan lancar. Kerja penghantar barang pun jadi lebih mudah.

Tetapi ada juga segelintir daripada kita yang meletakkan alamat rumah ala kadar sahaja – tidak sama dengan alamat lengkap sebetulnya. Adakah perkara ini disengajakan atau mereka terlupa sebenarnya?

Anda lihatkan sendiri contoh-contoh alamat penerima yang ditulis pada barangan oleh si penghantar  di bawah ini :

#1 Eh, kat tandas pun boleh tau!

Posted by Lisa's Handmade Studio on Monday, September 28, 2020

Lisa’s Handmade Studio/Facebook

#2 Memang ada sebuah surau sahaja ke di Muar?

Posted by Lisa's Handmade Studio on Monday, September 28, 2020

Lisa’s Handmade Studio/Facebook

#3 Yang ini siap dengan ‘penunjuk arah tambahan’

Posted by Lisa's Handmade Studio on Monday, September 28, 2020

Lisa’s Handmade Studio/Facebook

#4 Jenuhlah mahu cari rumah yang mana kalau banyak rumah warna kelabu kan?

Posted by Lisa's Handmade Studio on Monday, September 28, 2020

Lisa’s Handmade Studio/Facebook

#5 Tak mungkin rumah penerima ini tiada alamat.. Musykil dibuatnya.

Posted by Lisa's Handmade Studio on Monday, September 28, 2020

Lisa’s Handmade Studio/Facebook

Adakah alamat sebegini boleh diterima dalam sistem penghantaran? Anda rasa mengapa agaknya mereka ini tidak menyertakan alamat penuh yang lebih tepat?

Harapnya anda semua di luar sana elakkanlah tindakan melampirkan alamat tidak lengkap sebegini. Bukan sahaja barang tersebut berisiko tidak dihantar ke penerima malah menyukarkan pula kerja syarikat penghantaran.

Memudahkan urusan kerja orang lain bukankah lebih baik? Jadi, tulis alamat elok-elok ya!

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular