Pengorbanan petugas barisan hadapan misalnya kakitangan perubatan ternyata tiada galang gantinya.

Mereka rela berkorban masa dan tenaga demi memastikan rakyat Malaysia semuanya selamat dan menerima rawatan sebaik mungkin tatkala pandemik ini melanda.

Bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka, Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar baru-baru ini berkongsi satu khabar gembira.

Berita gembira itu dikongsikan oleh baginda menerusi satu kenyataan yang di muat naik di laman Facebook rasmi baginda sendiri.

Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan sepuluh buah kereta Perodua Myvi kepada sepuluh orang jururawat yang bertugas di Wad Diraja, Hospital Sultanah Aminah (HAS), Johor Bahru.

Ianya dilakukan bagi menzahirkan penghargaan di atas sumbangan serta khidmat kesemua jururawat berkenaan kepada baginda dan keluarga Diraja Johor.

“Mewakili mereka yang lain, saya menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada baginda Tuanku Sultan di atas kurniaan ini”, luah Penyelia Jururawat, Rokiah Samin.

Tambahnya, pengurniaan ini sungguh besar nilainya kepada mereka semua. “Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan DYMM Sultan Johor serta keluarga Diraja.

Turut berkongsi gembira, seorang lagi jururawat yang masih dalam tempoh berpantang selepas bersalin, Nuraini Aziz juga hadir bagi menerima kenderaan berkenaan.

“Saya amat bersyukur kerana dapat hadir kerana ini merupakan satu kenangan yang sangat istimewa”.

Kami akan terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada DYMM Sultan Johor dan keluarga Diraja Johor”.

Kesemua kenderaan tersebut disampaikan kepada semua penerima dalam satu majlis di Kasawari Motors Sdn Bhd di Larkin, Johor Bahru oleh Pengarahnya, Muhammad Fahmi.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI NASIONAL

Video Popular