Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada 27 September lalu sekali lagi mengingatkan orang ramai untuk mengimbas suhu di bahagian dahi dan mengelakkan daripada melakukan imbasan suhu di bahagian tangan atau bahagian badan yang lain.

Unsplash

Menurutnya, bacaan suhu badan manusia yang paling tepat adalah di bahagian dahi, selari dengan syor yang dikeluarkan oleh pihak KKM sejak bermulanya penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

“Penggunaan pengimbas suhu pada bahagian lain tubuh selain dahi adalah diragui bacaannya dan sehubungan itu orang ramai dinasihatkan untuk tidak menggunakannya di tangan atau bahagian lain,” katanya kepada Harian Metro.

Disamping itu, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut memaklumkan bahawa masih belum ada bukti saintifik yang menunjukkan bahawa akan berlakunya kesan sampingan terhadap manusia sekiranya imbasan suhu sering diambil di bahagian dahi seperti yang didakwa oleh segelintir pengguna internet.

Mengikut saranan prosedur operasi standard dari pihak KKM, bacaan suhu normal adalah dari 36.0°C hingga 37.5°C. Sekiranya mana-mana individu didapati mencacatkan suhu yang lebih tinggi atau terlalu rendah, mereka dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan daripada pengamal perubatan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN

Video Popular