Seorang lelaki warga emas berusia 60 tahun yang tidak bekerja di Hong Kong terpaksa menghabiskan baki wang simpanannya dengan hidup di dalam sebuah tandas yang dianggap sebagai ‘rumah’.

Penemuan sadis itu dikongsikan oleh badan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Maintenance Hong Kong Caring Community Service Team ketika pasukan itu melawat lelaki itu.

Terletak di kawasan To Kwa Wan, warga emas berkenaan difahamkan hidup bersendirian di dalam ruang yang dibahagi dengan keluasan 20 kaki – sebenarnya adalah tandas!

Apple Daily

Lelaki tersebut yang telah bercerai tidak lagi berhubung dengan ahli keluarganya dan tidak mampu bekerja ketika usia yang telah pun lanjut sebegini.

Maka terpaksalah dia menghabiskan sisa hidupnya dengan tinggal menyewa di ruang tandas berkenaan dengan harga 1,700 yuan (RM900).

Salah seorang sukarelawan yang melawatinya berkata terdapat papan kayu yang di dalam ruang terbabit yang digunakan lelaki itu untuk bercangkung ketika menjamah makanannya.

Apple Daily

Dia juga menggunakan papan kayu yang sama untuk menutup lubang tandas ketika tidur kerana itulah satu-satunya cara yang membolehkannya tidur di ruang berkenaan.

Oleh kerana ruang tersebut terlalu sempit dan juga penuh dengan barang, maka pihak sukarelawan hanya mampu melawatnya daripada luar pintu sahaja.

Apple Daily

Kehidupan sadis warga emas itu ternyata membuka mata para sukarelawan yang mahu menuntut keadilan terhadap individu yang mengenakan caj tinggi terhadap ‘bilik’ sewa yang sempit.

Semoga ada tindakan yang dilakukan bagi membolehkan lelaki tersebut menerima bilik yang lebih baik dan selesa daripada ini.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GAYA HIDUP GLOBAL

Video Popular