Anak kucing memang nakal dengan sifat ingin tahu mereka untuk meneroka perkara baharu. Pemilik kucing pasti pernah mengalami insiden anak kucing hilang dan mula tercari-cari sambil berfikir kemungkinan besar si bulus kecil sedang bersembunyi di mana-mana sudut dalam rumah.

Seperti pengalaman netizen ini yang baru pulang ke rumah setelah selesai bekerja tanpa melihat anak kucing kesayangannya datang menyapa seperti biasa. Lantas dia bertanya di dalam hati, ke mana kucingnya telah pergi? Netizen ini melihat sekeliling tetapi tidak menemuinya, lalu menimbulkan kebimbangan.

Tiba-tiba dia terdengar bunyi aneh dari arah tangki ikan, lalu tanpa berlengah telah menghampiri dan melihat, bukankah ini gerangan anak kucing yang sedang dicarinya?

88LovelyPet

Pemilik ini melihat anak kucingnya itu dalam keadaan hati keras sedang berpaut pada daun tumbuhan hijau, sambil tubuh berbulunya yang basah kuyup, menjengukkan kepala jegangnya dari permukaan air, dengan separuh badannya sedang terapung dan terendam di dalam air.

Sebaik melihat kelibat pemiliknya sudah pulang dan sedang menjenguk, kucing ini mengiau manja memohon untuk diselamatkan.

88LovelyPet

“Tolong selamatkan saya!” Mungkin itu maksud terjemahan bunyi mengiaunya.

Ekspresi kucing ini amat melucukan. Pemilik merakam gambarnya yang sedang berpaut erat pada daun tumbuhan itu dengan mukanya yang kecut perut, mungkin sedang berdoa agar dia tidak jatuh tenggelam ke dalam tangki ikan.

88LovelyPet

Kasihan pula melihat si comel ini sedang terkapai-kapai, tetapi pemiliknya tidak dapat mengelak untuk terus tersenyum geli hati.

Pemilik dengan segera mengeluarkan anak kucing nakal itu dari dalam air, kemudian mengeringkan bulu dan tubuh badannya yang lencun dengan berhati-hati, kerana takut dia akan terkena demam selesema pula nanti.

88LovelyPet

Mungkin lain kali dia akan jeran dan tidak berani nakal lagi untuk menjenguk tangki ikan itu setelah melalui pengalaman ‘tragis’ ini.

Nasib si comel ini memang baik kerana selain dirinya keras hati untuk terus bertahan berpaut erat pada daun tumbuhan itu, dia juga telah segera ditemui oleh pemiliknya dan diselamatkan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular